Aku balik kampung sekali lagi. Last week dah balik, amik mak aku dari kampung. Sebab adik aku sambung cuti dia disebabkan anaknya menghidap demam campak. This weeked balik sebab nak bawak opah aku ke Kg. Kroh Hilir, Padang Rengas berjumpa dengan bomoh tulang.Ikhtiar terakhir, kata akulah..So bergerak baliklah aku ke Kg. Gajah selepas abis kerja.
So, on saturday morning tu bergeraklah ke Kuala Kangsar dengan jarak perjalanan lebih kurang 46km. Tapi sebelum tuh berlaku insiden yang menyayat hati aku. Spek frame aku patah tatkala mencuci kantanya. Adus...gara-gara anak kedua aku yang ganas lah ni. jangka hayat spek ni kurang. Anak aku yang sulung dah ade rekod 3 kali aku kena ganti spek. Yang no 2 ni plak nak mengikut jejak langkah abang dia lah ni. Jadi terpaksalah aku meneruskan perjalanan dengan spek frameless aku yang lama. Power dia sedikit kurang namun.....bolehlah.
Tiba di Kuala Kangsar, cari kedai spek and tanya boleh repair atau tidak. Jawab tokey kedai kena cari frame lain sebab tak boleh nak sambung dengan frame pemegang yang patah tu. Alamak....tgh bulan ni dah nak keluar duit lagi. Nasib baik ader discount and boleh swipe. Tokey suruh buat baru sebab susah nak cari yang sama bentuk dengan kanta aku. tapi aku tak nak.....sori beb aku punya ader photogrey. banyak duit yang kena keluar nanti. Anyway, dapat jugak. Brand 'Rannici'.
----
Hari ni nak mula kerja rasa boring. Kena pulak wife aku demam. macam teruk jer. Kena pulak bangun awal sebab sekarang sesi sekolah anak aku bermula 7.20 pagi. So dah tanam plan this weekend nak rehat abis-abisan.
hehe.....sama cam E in..asal mengamuk je....cemin mata mama dia tarik dulu..ntah dah bape kali tarik dan campak...alhamdulillah tak pecah atau patah lagi.....anak saya...nama je pompuan....ganas jugak...kalau time mengamuk lah...haha...kalau angin dia baik....elok je....
ReplyDeletetu pasal pakai frame plastik. kalau pakai frameless, ya Allah mesti nangis. Brand Polo lak tu.
ReplyDelete