Friday, July 16, 2010

Hike

Minyak naik lagi. Kenaikan 5 sen menjadikan minyak petrol RON 95 berharga RM1.80 seliter, manakala RON 97 jadi RM2.10. Bukan itu sahaja, harga gas naik 40sen sekilogram sementara gula naik 25sen sekilo. Bising. Semua orang mesti bising. Sebab kenaikan harga barangan ini menyebabkan pertambahan atau perubahan pada spending habit atau bajet bulanan masing-masing.

Berita tentang price hike aku dapat sewaktu balik dari ambil anak aku dari kelas taekwando. Terima sms dari kawan seopis. Tak berapa yakin. Disebabkan nak confirmation, aku buka channel Astro Awani. Dan pembaca berita jam 7.45 telah mengesahkan dengan kenaikan harga.

Parah! Sat-sat itu aku ajak ahli keluarga aku keluar untuk full-kan tank kereta. kereta aku perlukan tambahan 20 liter atau bersamaan RM36. Rasa-rasanya kalau tak kemana-mana tahanlah 1 minggu full tank tu.

Namun begitu, tahniah kepada pimpinan DS Najib di atas kenaikan ini sebab gaji kakitangan awam tidak berupaya menampung pertambahan bajet isirumah. Bravo!

0 comments:

Post a Comment