Monday, January 17, 2011

No coffee and no tv.

Dari last week aku dah diberi hint. Bermula dengan rasa kurang selesa di tekak, dan ketidakselesaan hendak menelan apa saja yang disumbatkan ke mulut (termasuklah anak lipas !). Selepas itu terus aku hampir hilang suara adan hidung aku mula dipenuhi mukus. Saliva aku mula berubah rasa. Dan last week doktor dah diagnos aku demam selsema. So aku diberi MC last week hari khamis. Dengan ubat yang dibekalkan, aku tak berdaya untuk membuat apa saja kerja (patutlah doktor kata dengan ubat yang saya bagi, awak memang patut dapat MC).

Bukan setakat itu saje, blood pressure aku mencanak naik. bacaan dia? aku tak ingat. Tapi menjelang hari ini bacaan masih berada di paras bahaya. Bacaan 157 - 104 menyerlah aku untuk disumbatkan ke wad. So doktor bagi aku chance untuk reduce secara normal tanpa sebarang bantuan ubat. HASILL???
----
Hari ini sebelum masuk kerja, aku bawa baby-boy aku ke klinik - bersama ibu dia. Duaa-dua demam, kesan jangkitan daripada aku. Kalau zaman aku kecik-kecik dulu, tak ade kes demam berjangkit kecuali demam campak, atau demam ruam. tapi sekarang ni. Macam-macam demam viral.
Tinggal si abang ajer yang belum lagi kena demam. Tu pun tak tau nak cakap. Mandi malas, minum air masak pun malas. Yang tau dia air peti sejuk dengan air batu. Elok kuarantin kan dia sebelum kena. Esok doktor kat klinik panel nak amik reading blood pressure aku. Turun atau naik?

0 comments:

Post a Comment