Dari segi bahasa, khurafat adalah "membawa maksud sesuatu yang dipetik, atau cerita bohong, dongeng dan tahayul, atau sesuatu hal yang tidak masuk akal, atau sesuatu yang dusta tetapi menarik." (Ust. Abd Rashid, UniKL-MSI).
Dengan kata lain, khurafat adalah kepercayaan karut atau tahyul yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku. Manakala dari segi istilah, khurafat adalah penyelewengan dalam aqidah Islam. Amalan dalam perkara khurafat adalah mengalihkan pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Malah dalam perkara mudah, kita pening. Kita percaya kita makan panadol kita boleh sembuh. Itu adalah contoh mudah kita khurafat. Kerana kita percaya pada panadol kita akan sembuh dari pening tadi bukannya Allah yang sembuhkan.
Menyentuh tentang penggunaan garam kasar dan lada hitam tadi, jika kita percaya roh benda-benda itu tadi yang selamatkan kita, maka khurafatlah kita. Secara umumnya, unsur khurafat akan timbul apabila wujud elemen percaya pada diri kita terhadap kuasa yang dibawa oleh benda tadi. Ini pun boleh jugak dikategorikan sama macam orang pasang mp3 zikir ruqyah, tampal atau gantung ayat quran dengan tujuan nak elakkan jin atau syaitan masuk. Seperti mana yang ustaz aku bgtau tadi, itu adalah alat dan alat adalah sebagai ikhtiar. Tak de salah pada kedua-dua item itu.
Mengenai masuk ke rumah baru pulak, mengikut amalan yang disyorkan oleh guru-guru seperti Dato ' haron Din (orang wahabi kata dia ni ahli sihir) dan ulama terdahulu:
- bagi salam. tengok saper yang jawab.
- Baca doa masuk rumah baru.
- Langkah masuk kaki kanan.
- Rasa tenguk dan bulu roma. Kalau rasa semacam maknanya dah penghuni./
- Bukak tingkap atau pintu.
- Azan di tengah rumah mengadap kiblat.
- Baca Surah Yassin 3 kali.
- Air bacaan yasin boleh direnjis seluruh rumah sebagai tanda suruh penghuni yang ada keluar. Sebab yang beli rumah kita. Dia duduk secara haram.
- Bacaan Al-Baqarah bila kita confirm nak duduk.
Jadi persoalannya, di mana letaknya elemen khurafat tu? Bukankah dari amalan dan fokus kita juga. Sama macam kita baca surah al-baqarah untuk elakkan dari jin dan syaitan masuk rumah walaupun memang salah satu fadilatnya dapat menghindarkan jin dan syaitan masuk rumah selama 3 hari. Iktikad kita dah lari daripada kita menghidupkan ayat-ayat Allah untuk mendekatkan diri kita dengan Pencipta yang Agung Allah SWT.
Tambahan pula, di dalam rawatan pengubatan Islam, penggunaan benda-benda berasid seperti cuka, lada hitam dan garam adalah untuk merungkaikan atau menolak unsur-unsur seperti jin atau medium sihir yang menggunakan jin. Malah disarankan jika sesiapa yang nak meninggalkan rumah lebih dari tiga hari disarankan meletakkan cuka di tengah rumah untuk elakkan penghuni lain check-in maklumlah dia pun cam kita nak cari tempat untuk cuti-cuti Malaysia. Cuma taste dia lain dari taste kita.
Justeru itu, tak payahlah kita nak beria-ia refer halaqah ke, check internet ke sebab ustaz pun ada macam-macam. Ade yang western-based, ada yang education-based dan ada yang kemahiran dan pendidikan mengenai kaedah perubatan dan rawatan Islam seperti Dr. Amran Kasimin, Dato' Ismail Kamus serta Dato' Haron Din. Jangan lagi mengatakan khurafat jika kita ini bebal mengenai perubatan Islam dan kaedahnya.
0 comments:
Post a Comment