Thursday, January 12, 2012

A workers' cry

Sehingga kini dah 2 orang big boss dah aku bekerja. Banyak asam garam dan kurang asam yang aku lalui. Mengomel tentang boss? Tak dinafikan memang ada. Marah big boss mengapa tak nak dengar cakap aku? Tak pernah. Kalau yang tanya mengapa, itu hak dia. Kalau big boss kita tanya pandangan, baru kita bagi. Itulah sopan. Kalau orang tanya, baru kita cakap. Bukan nya terus-terus kita bagi pandangan tanpa diminta oleh big boss. Itu adalah satu tindakan yang tak bijak atau kita cuba nak tunjuk pandai padahal kita tak de knowledge tentang itu dan hanya rely pada pengalaman. 

Pengalaman yang tak disusuli dengan ilmu hanya sia-sia sahaja. Itu kata arwah ayah aku. Arwah ayah aku bemula dari jawatan yang paling bawah dalam jabatan perhutanan sehinggalah ke jawatan semi-pegawai tingkatan kanan. Kata-kata tu sentiasa aku dengar apabila arwah ayah aku mengajar pelatih-pelatih pegawai perhutanan. Dan tanpa segan silu, arwah akan cuba mencungkil seberapa banyak ilmu dari pelatih-pelatih baru. Sewaktu arwah ayah aku bertugas di Grik, big boss arwah ramai orang-orang muda. Dari perbualan antara mak aku dengan arwah tentang kerjanya, aku dapat tahu arwah suka cungkil ilmu dari boss-bossnya yang muda terutama tentang penyemaian pokok hutan (aku antara assistant yang selalu ikut ayah aku buat kerja). Mengapa aku cerita pasai benda ni? Sebab mungkin ramai subordinate tempat aku banyak sangat komen tentang apa management nak buat. Pastu tak nak terima pandangan. Kadang-kadang kita terlupa, itu hak boss kita untuk menerima atau pun tidak, nak dengar atau pun tidak. Sebab boss kita pun ada kepala otak bergeliga, mana la tau pandangan yang kita bagi tu tak sesuai dengan perancangan dia. Mestilah dia tak terima.

Tidak kompeten - suatu istilah yang merujuk kepada ketidakupayaan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau kerja sama ada dari segi fizikal, intelektual dan kelayakan. Dan isu staf yang tak kompeten seringkali jadi masalah kepada sesebuah organisasi untuk mencapai objektif dan halatuju sesebuah organisasi. Untuk menyingkir staf yang tak kompeten dalam organisasi kerajaan amatlah payah dan kadangkala boleh buat naik BP dan jadi JK! Itu yang kadangkala birokrasi yang efektif perlu ada pada setiap boss dan juga big boss. Nak membentuk staf yang tak kompeten untuk jadi lebih 'berfungsi' bukan kerja senang dan sering kali jadi bahan kutuk belakang-belakang.

Panjang dah meroyan pepagi nih. Sebenarnya nak share kata-kata Peter F. Drucker ngan Jim Collins tentang empowerment...tiba-tiba idea mencurah-curah (duit jer yang tak nak macam tu).
"...the purpose of bureaucracy is to compensate for incomptence and lack of discipline--a problem that largely goes away if you have the right people in the first place."
Jim Collins
Source: Good to Great: Why Some Companies Make the Leap... and Others Don't

"Quality in a product or service is not what the supplier puts in. It is what the customer gets out and is willing to pay for. A product is not quality because it is hard to make and costs a lot of money, as manufacturers typically believe. This is incompetence. Customers pay only for what is of use to them and gives them value. Nothing else constitutes quality."
Peter F. Drucker (1909 - 2005)
Nota: Tiba-tiba cakap pasal management -- adalah isu tu!

0 comments:

Post a Comment