Tuesday, April 26, 2016

Cerita III: Teambuilding Retreat

Hari pertama--sesi taklimat pengurusan dan pembahagian kumpulan.
Sambung semula cerita teambuilding. Sambungan yang agak panjang dan besar kemungkinan ramai yang dah lupa dengan post yang ni. Orait seperti mana yang mungkin aku dah informed, retreat ini dibuat untuk memaklumkan kepada semua staff mengenai penstrukturan baru yang dibuat untuk penjenamaan semula organisasi kami. Malah rebranding atau penjenamaan merupakan satu proses untuk mentafsir semula fungsi dan juga menetapkan semula strategi operasi sesebuah organisasi apatah lagi organisasi berkenaan berorientasikan perkhidmatan. Bagi hari pertama atau malam pertama (lain macam kalau sebut malam pertama), Big Boss akan bagi ucapan alu-aluan dan seterusnya menyampaikan penstrukturan semula carta fungsi dan organisasi jabatan. Seterusnya taklimat berhubung dengan Pelan Strategik 2015-2020 jabantan. Tang ni rata-rata aku lihat hanya a few kakitangan sokongan yang ambil endah dengan apa yang big boss nak share dengan semua kakitangan. Sedangkan depa tak tau macam  mana kakitangan yang terlibat memerah otak untuk merealisasikan itu semua dan menjadikan jabatan kami mempunyai peranan penting dalam merealisasikan apa yang universiti nak capai. Mungkin juga mereka beranggapan tiada part diaorang dalam ni. Diaorang lupa everyone ada part masing-masing yang mana kalau tidak dilaksanakan berdasarkan tanggungjawab yang telah diberikan maka akan pincanglah jabatan. 

Hari kedua--outdoor dan aku cuma berada pada sebelah pagi sahaja.
End of day 1. Actually malam tu taklimat pengurusan abis awal, so ramai yang berangan-angan nak ke Cowboy Town malam tu. Namun apa kan daya malam tu lah hujan turun dengan lebat. Dah la jarak accommodation dengan ballroom agak jauh. Sepelaung jaraknya, kata orang-orang dulu-dulu. So kena bawaklah tido awal. Esok pagi
berkumpul lah kami di Terrance Golf untuk bergeraak ke lokasi teambuilding. So dah ada dua orang instructor yang dah tunggu untuk aktiviti yang telah dirancang di mana melibatkan kreativiti,  agility, teamwork dan critical thinking. Kalau nak cerita satu-satu aktiviti yang dibuat sampai ke chapter 4 post ni, so enjoy jer lah picture yang ada. By the way, sebenarnya agak malang bagi aku pada second day ni. Aku hanya dapat involved untuk acara pagi sahaja. Kaki aku terseliuh dan kesakitan hanya mencucuk-cucuk  selepas waktu lunch. Bak kata salah sorang staf aku ...dah masuk angin urat yang sakit tu. Aku tak pasti kat area macam mana terjadinya. Mungkin aku ada salah landing sewaktu testing di batang log keseimbangan kot.

Sakit? Tuhan sahaja yang tahu. Dah lah jarak tempat lunch dengan tempat penginapan memang jauh. Memang menyeksakan betul. So ambik langkah drastik, minta wife aku urut untuk legakan urat. Tapi yang paling menyakitkan bila Big Boss mintak aku turun jugak petang tu untuk bagi support pada staff. Takkanlah tak tahu sakit terseliuh macamana. Ingat aku main-main. Nak ke bilik air pun mintak tolong anak aku yang sulung papahkan jugak. Apatah lagi nak berjalan jauh tu. So dari jam 2pm membawak ke jam 7pm, 3 sesi lah jugak wife aku mengurut kaki aku.  Semata-mata memastikan aku dapat pergi dinner pada malamnya.


Lelaki kabaret waktu dinner. Sakit seliuh kaki sebenarnya masih terasa. 

Retreat Day 3 dan sesi bergambar afterwards.
Whooa...panjang la pulak post ni. Tak larat nak mencoret. Walaupun ada yang aku komen kami government servant ni mengabiskan bajet jer bila buat teambuilding. Actually banyak benefit yang kita boleh dapat. Bagi aku yang salah seorang Encik Boss, waktu nilah aku dapat tengok macam  mana karakter sebenar seseorang, level of leadership diaorang dan daya kreativiti. Aku juga nampak bahawa satf yang muda-muda ni dia punyer level leadership dan compliance level diaorang dengan idea orang lain agak bagus compare dengan staf yang matang-matang yang dah masuk abad usia diaorang.

Benefit lain yang aku boleh simpulkan adalah dapat meningkat produktiviti apabila masuk semula bekerja di pejabat sebab otank diaorang telah dipaksa bekerja di luar zon selain dapat meningkatkan motivasi. Apatah lagi kalau  lepas ni ada rewardship untuk diaorang. Ok lah panjang bebenor daah ni. Nanti muak korang baca. So apa lagi......Arrioss!






0 comments:

Post a Comment