Wednesday, August 19, 2020

Digital itu Maya

 Baru-baru ini semasa mengadakan kunjungan hormat berjumpa rakan sepakaran di sebuah institusi, aku ditanya berhubung pandangan aku apabila beliau mengetahui aku dah melawat Penang Digital Library. Seperti mana biasa pandangan akan diberikan berdasarkan level penguasaan terhadap pengetahuan dan kemahiran aku terhadap sesuatu perkara. Memandangkan topik ini adalah bidang kepakaran aku jadi memang cukup daripada lauk, sayur dengan side dishes sekali aku bagi. Tapi itu lain kali lah untuk kita kongsikan.

Pernah tak kalian dengar ungkapan dunia semakin menuju elektronik? Bacaan tidak lagi bersandarkan kepada media tradisional iaitu bercetak. Bahan media tradisional ini semakin lupus ditenggelamkan oleh bahan yang terhasil dalam bentuk elektronik dan digital. Apakah maksud terma digital ini? Kalau ikut pada Hj. Google  digital adalah:
 

"(of signals or data) expressed as series of the digits 0 and 1, typically represented by values of a physical quantity such as voltage or magnetic polarization."

Kalau dalam bahasa mudah--digital adalah sesuatu atau perkara yang disimpan dan dipaparkan dalam bentuk elektronik dan memerlukan peranti sebagai platform untuk  mengaksesnya.

Sejajar dengan perkataan berkenaan terjadilah istilah digital library atau perpustakaan digital. Pernah dengar tak? Sebab dengan istilah ini maka mewujudkan terma koleksi-koleksi bahan bacaan seperti e-books, e-journals, e-newspaper dan e-manga dan sebagainya. Secara mudahnya itulah bahan-bahan daripada bentuk cetakan berasaskan kertas yang diubah dalam bentuk elektronik. Bahan-bahan bacaan berkenaan dipanggil sebagai bahan digital dan mengaksesnya memerlukan peranti atau alat. Proses mengubah bahan-bahan berkenaan daripada bentuk bercetak kepada bentuk elektronik atau digital adalah disebut sebagai pendigitalan atau digitization

Seriously aku tidak mahu bercerita tentang kandungan elektronik berkenaan tetapi aku lebih passionate nak cerita tentang kewujudan sebuah institusi yang dipanggil sebagai perpustakaan digital. Pendekkan cerita aku nak highlight kan tentang apakah sebuah perpustakaan digital kerana banyak sangat misconception atau salah konsep. Misconception inilah yang membawa kepada dakwaan bekas KM Pulau Pinang bahawa Penang Digital Library adalah perpustakaan digital yang pertama wujud di Malaysia.

Nak faham konsep kena tahu asal-usul wujudnya terma perpustakaan digital. Terma perpustakaan digital telah wujud bermula pada awal tahun  1980-an. Konsep dan pemahaman perpustakaan digital ini juga wujud pelbagai berdasarkan komuniti perpustakaan itu sendiri--perpustakaan akademik, perpustakaan komuniti atau awam serta perpustakaan khusus atau penyelidikan. Diaorang ni yang mulakan misconception ni. Malah lebih parah lagi ada golongan lain pulak mengatakan kandungan yang ada dalam world wide web (www) itu juga adalah perpustakaan digital.  Lagi haru biru.

Ha..ha..Dah mula bosan? Sekali-sekala beb kita share isu ilmiah sikit. Niat aku nak membetulkan misconception. Walaupun sasaran hanyalah pada sekelompok kecil golongan pembaca blog aku yang carca-marba ini. 

Pada tahun 1998 melalui American Digital Library Federation telah mengemukakan definisi jelas iaitu:

Digital libraries are organizations that provide the resources, including the specialized staff to select, structure, offer intellectual access to, interpret, distribute, preserve the integrity of and ensure the persistence over time of collections of digital works so that they are readily and economically available for use by a defined community or set of communities.

(Sumber: International Federation of Library Association)

 Pendek kata lebih mudah faham bahawa perpustakaan digital adalah:

"sebuah perpustakaan yang mempunyai halatuju, fungsi dan sasaran yang sana sepertimana perpustakaan tradisional sedia ada iaitu pembangunan dan pengurusan koleksi, analisis subjek/bidang, penghasilan indeks, menyediakan akses kepada sumber perpustakaan yang disimpan, kerja-kerja rujukan dan khidmat nasihat serta pemeliharaan."

Mudah nak faham bukan? Jadi secara harafiahnya adakalanya proses mendigitalkan bahan ini lebih kepada kita memelihara koleksi atau bahan bacaan itu daripada menjadi rosak. Kerana apabila bahan bercetak itu digunakan banyak kali dan bertukar pengguna banyak orang, maka bahan berkenaan itu akan lusuh atau mungkin rosak. Manakala kalau bahan tersebut memang lahiriahnya wujud dalam bentuk elektronik ianya akan tergolong dalam bahan koleksi dalam format elektronik dan memerlukan peranti khusus untuk mengaksesnya.

Walaupun penyokong inisiatif digital, suratkhabar bercetak tetap jadi pilihan

Sebelum post ini aku tamatkan sebab dah panjang sangat, aku nak tanya perlukah sebuah perpustakaan digital itu mempunyai fasiliti atau bangunan nya sendiri? Sebelum nak jawab, aku kena terangkan karektoristik dan elemen-elemen sebuah perpustakaan digital. Tapi lain kali lah sebab panjang sangat dah ni nanti korang boring pulak.

Arrioss!!

0 comments:

Post a Comment