Thursday, July 7, 2022

Cerita Suku Pertama Tahun 2022: Lambakan Throwback

Assalamualaikum. Selalunya apabila dah mencecah hampir separuh tahun, kita akan mula buat laporan setengah tahun apa yang telah dicapai dan perkembangan sesuatu perkara itu. Bagi aku biarlah kita berkongsi sepanjang 03 bulan pertama tahun 2022 ini. Nanti aku dah tak ada bahan nak digarap di sini. Sebarang garapan di sini dikira sebagai dokumentasi kewujudan aku di muka bumi Allah ini. Aktiviti-aktiviti yang aku laksanakan di sepanjang hidup aku boleh la dianggap sebagai aku menyimpan tacit dan explicit knowledge aku.

Aku ni antara salah seorang yang tak berapa gemar untuk attend aktiviti ofis di luar waktu pejabat. Namun disebabkan dah berada di kalangan top management ni, perlulah diasuh diri ini walaupun tak berapa berkenan. Malam tadi aku telah diminta untuk mewakilkan Boss aku ke satu program bicara tokoh yang dianjurkan bersempena pesta konvokesyen atau peskon di universiti tempat aku mencari rejeki ni. Kiranya paksa rela lah aku ni.

Bicara tokoh malam tadi melibatkan tokoh pendidikan terkemuka Malaysia iaitu Tan Sri Dato' Sri Prof. Emeritus Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. Siapa-siapa alumni UiTM akan kenal dengan beliau ini sebab beliau ni adalah mantan Naib Canselor UiTM. Belaiu juga adalah alumni ITM. Join ITM sebanyak 2 kali sebab pernah gagal dalam pengajian dan diberikan peluang kedua untuk belajar. Very inspiring kalau denganr cerita Tan Sri. Kalau yang malas belajar tu dan anggap tak ada education kau boleh berjaya dalam hidup dan kaya itu adalah sementara. Even mendiang Steve Jobs dan Bill Gates walaupun seorang college drop out, diaorang still get education. Bill Gates salah satu hobi membaca dia di waktu lapang adalah membaca tesis-tesis yang dikeluarkan terutamanya melibatkan rekacipta dan inovasi.

Diringkaskan untuk kesenangan minda, ada 3 perkara yang dikongsi oelh Tan Sri untuk kita amalkan dalam hidup. Ini Tan Sri kongsikan apa yang dipesan oleh seorang pakcik yang beliau temui di dalam keretapi ketika hendak pulang ke Pulau Pinang. Tiga (03) perkara yang dikongsi oleh Tan Sri adalah Percaya sepenuhnya dengan Allah, Jangan tinggal solat dan Doa ibu. Pakcik yang Tan Sri jumpa itu adalah ketika kereta api singgah di Tanjong Malim untuk mengambil penumpang. Adakah pakcik itu salah seorang tenaga pengajar MPSI? Itu tak pastilah sebab tiada siapa yang bertanya. Kalau ada yang berhajat nak memahami dengan lebih lanjut bolehlah melayar ke FB Tan Sri dengan nama DrSahol. Aku tak boleh nak browse sebab aku tiada FB.

Enroll to ILKKM

Ni cerita awal Januari yang lalu. Waktu ini seingat aku, selsema sepanjang minggu dan sakit tekak menyerang. Mujur negatif Covid-19. Seawal 3 Januari 2022, aku bergerak ke down south. Si Abang dah diterima masuk ke ILKKM atau nama penuhnya Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia. Abang dah beralih bidang daripada chemical engineering di UiTM ke bidang radiologi. Dah dia minat kita sebagai parents ikut kan sahaja. Pada hal si Abang dah semester 03 di UiTM dan sepatutnya 'terbang' ke Kampus Sarawak pada bulan November 2021 Namun Alhamdulillah Si Abang di terima mendaftar di ILKKM Kempas, Johor Bharu.

 

Jadi bermula lah kehidupan Abang sebagai pelajar pelatih radiologi yang akan jadi pemegang diploma radiologi. Terasa sedikit bangga sebab pelatih radiologi ni daripada setiap negeri di Malaysia hanya seorang sahaja yang dipilih. Kalau kursus pembantu perubatan atau jururawat calon pelajar akan lebih daripada 02 orang. Maka mulalah kehidupan dia tanpa ada mak ayah di sisi. Kenalah berdikari. Kalau ikut kan aku dah berenggang dengan parent aku bermula daripada umur 3 tahun sehinggalah aku berumur 5 tahun. Sekali lagi berenggang apabila aku berjaya mendapat 5A dalam UPSR pada tahun 1988. Sekali lagi berenggang bila dapat masuk STAR Ipoh. Begitu juga lah selepas STPM aku berjaya enroll ke ITM tapi keluar sebagai graduan UiTM.

Ditemubual Malaysia Gazette

Di dalam bidang kerja aku, inkuiri atau pertanyaan dan ditemuramah oleh pelajar adalah perkara biasa. Tapi apabila ditemuramah oleh badan berita seperti Malaysia Gazette adalah satu rahmat dan rezeki bagi aku. Secara jujurnya aku adalah bidan terjun. Kebetulan boss aku ada mesyuarat penting universiti, jadi aku lah pengganti untuk sesi temuramah. Betapa gementar aku ketika diberitahu untuk ditemuramah oleh wartawan Malaysia Gazette (MG) untuk satu video khas bersempena Sambutan 100 Tahun universiti. Manalah tak wujud butterfly in the stomach sebab perkara ini secara adhoc dan aku memang tak prepare.


 Pengalaman sahajalah yang jadi benteng hilang kegusaran. Mujur juga wartawan dah bagi rehearsal dengan soalan-soalan yang akan ditanya sewaktu sesi temuramah. Dan rakan-rakan sejawat dah ready dengan statistik untuk aku bacakan serta A4 paper nota untuk aku refer sewaktu interview. Macam tak percaya jer bila 1 shot take jer sesi temuramah aku. Apatah lagi wartawan dengan pengarah fotografi bagitau diaorang berpuas hati dengan sesi shot berkenaan. Siap bagitau kat aku "macam dah biasa jer encik" Dia tak tau dalam badan ada satu macam punya gementar. Mujur tak jadi macam sudin dalam Seniman Bujang Lapuk -- "angin senggugut aku dah datang lah ...."


Tak Mahu Hybrid

Apabila Menteri Kesihatan YB KJ memaklumkan bahawa status pemegang vaksin SinoVac akan bertukar tidak lengkap jika tidak ambil vaksin penggalak sebelum 31 Mac 2022, aku dah mula cari sumber vaksin SinoVac juga sebagai dos penggalak. Memang aku reject kalau nak ambil PFizer sebagai dos penggalak. Apatah lagi aku lihat kesan dos berkenaan pada wife aku yang ambil sebelum akhir tahun 2021. Malah kesan melibatkan otot masih lagi ada sehingga sekarang walaupun dah jumpa doktor.



 

 

0 comments:

Post a Comment