Wednesday, June 18, 2008

Malang tak berbau

Kadang-kadang apa yang dikatakan oleh nenek moyang kita dulu ada betulnya. Tapi mungkin kebetulan sahaja atau memang itulah suratan ketentuan Allah. Last week memang perkara yang mengejutkan juga. By Friday last week, aku terima berita yang mana biras aku dan anaknya kemalangan. Dan yang paling mengejutkan anak saudara aku yang berumur 3 tahun itu, patah kedua-dua kakinya dilanggar kereta akibat kemalangan itu. Pada masa yang sama isteri aku demam dan kami dapat menziarahi pada hari ahad.
Alhamdulillah, anak saudara aku tu masih mampu lagi bergelak ketawa main handphone emaknya. Ambik gmabar sana, ambik gambar sini. Namun, dia masih trauma dan phobia untuk naik motosikal. Keluarlah statement berikut, " ayu tak nak naik motor lagi."



---
Malam esoknya selepas melawat anak saudara aku, kami sekeluarga dikejutkan pulak oleh berita mengenai adik ipar aku. Kali ini berkaitan kejadian ragut. Adik ipar aku dapat kecederaan selepas pergelutan dengan peragut yang nak meragut purse kawan dia. Dia tendang motor peragut tu, dan peragut tu tendang motor dia menyebabkan dia jatuh dan badannya terhentak pada pembahagi jalan. Sehari selepas kejadiaan, dah tak boleh bangun dan badannya lebam-lebam. Lupa nak bagitau yang adik ipar aku perempuan. Lepas satu-satu peristiwa yang tak best berlaku. Malah lepas ni ade benda yang tak best kena kat aku, mulai Jun ni aku dah start kena potong duit pinjaman perumahan.
Apa yang tak bestnye pulak? Rumah yang aku beli tak siap lagi!

0 comments:

Post a Comment