Monday, June 23, 2008

Wind of Change - This is not Scorpion's Song!

Apabila membaca sebuah berita yang memaparkan saranan kerajaan kepada semua rakyat yang ada di tanah Malaysia ni, aku hampir tergelak. Antara saranan yang diujarkan ialah agar rakyat menukar gaya hidup dan berbelanja berhemah. Lantas aku terus teringat dengan slogan kepimpinan melalui teladan. Adakah ramai orang-orang besar kita yang bergaji 10,000 - 18,000 RM ni sanggup mengikat perut dan mengubah gaya hidup mereka?
Seperti burung kakak tua berkata-kata lagak diaorang ni. Sapa yang sebenarnya patut mengubah gaya hidup? Kita atau diaorang? Kita yang selama ini yang dah banyak mengikat perut dan juga bahagian abdomen serta lemak (tak termasuk liposuction) disuruh ubah lagi gaya hidup dan mengutamakan pengangkutan awam.
Persoalan mengenai pengangkutan awam kita, adakah berkeupayaan untuk menampung jumlah pengguna yang akan mengubah cara hidup mereka dan cara mereka spending money? Malah inilah yang menyebabkan anak saudara aku terlibat dengan kemalangan sewaktu mengikut ayah dia nak menghantar kakak ipar aku kerja setiap pagi. Kenapa? Sebab komuter yang menjadi pengangkutan utama ke pejabat tak berdaya menampung kenaikan jumlah penumpang. Kat sini kat mana efficiency-nya rakyat kena mengubah gaya hidup?
---
Masih lagi berkisar dengan gaya hidup, mampukah pak-pak menteri kita hidup secara sederhana atau zuhud? Hidup seperti mana Dato' Nik Aziz yang berala kadar dalam kehidupan, tak de pakai Spark Manshop, Gucci dan anak-anak tak bermewah-mewah.
Atau macam YB Lim Guan Eng yang diaorang kata nampak dia naik kapalterbang duduk kat kelas ekonomi.
Apa yang jelas, masih lagi tak mematuhi kepimpinan melalui teladan. Barangkali mereka ni masih lagi berhoneymoon. Mungkin...?
---
Walaupun kerajaan suruh berbelanja berhemah dan mengurangkan outstation kat luar, masih ada lagi ketua jabatan yang degil. Suruh pegawai bawahan pergi meeting kat luar yang kadang-kadang dalam sebulan 5 - 6 kali. Payah betul, dan aku adalah salah seorang pegawai yang kadang-kadang kena bermesyuarat di luar. Disebabkan minyak dah naik jadi agak sukar untuk mendapatkan kenderaan pegawai sebab yang lain-lain pun nak guna kenderaan pegawai.
---
Cerita pasal minyak, untuk penuhkan tangki yang berbaki 30 liter, aku kena spend RM 80.00++. Berpeluh...(tipu jer tu, swipe jer). Dua puluh ringgit lebihnya berbanding dulu.

0 comments:

Post a Comment