Wednesday, March 31, 2010

Sesak

Nafas saya sesak. Otak saya sesak. Minda saya sesak.

Minggu ini betul-betul buat saya terasa sesak. Minggu lepas saya sibuk dengan lawatan, pameran bertema dan juga bengkel. Juga sesak dengan big boss yang akan pencen. Knonnya kecewa dengan department yang saya terajui. Terus-terang saya katakan hampir 10 tahun saya bersama dengan big boss saya, rasanya macam takde kata-kata pujian yang diberikan kepada staf di department. Merekalah frontliner yang sentiasa bertungkus lumus melayan kerenah pelanggan yang kadangkala membiolkan kepala otak.
Saya salute mereka-mereka ini. Bekerja sehingga jam 11 malam dan 7 hari seminggu. Malah saya rasa ada di antara mereka ini demotivated. Sekiranya ada rungutan dari pelanggan, pasti tiada defend statement dari big boss. Hanyalah penerimaan secara bulat-bulat dan selepas itu marah kat staff tanpa cuba nak tahu perkara yang sebenar.
Jangan tak percaya sekiranya ramai dah ditimpa penyakit yang tak dipercayai diaorang boleh kena disebabkan stress memanjang. Ada yang kena kidney stone, gastrik, gastrik akut, hipertension dan gall bladder problem atau masalah batu hempedu. Jangan terkejut jika anda bertanya pada doktor, penyakit tersebut boleh terjadi disebabkan stress.
---
Semalam spek yang baru saya tempah di awal Februari mengalami kerosakan yang saya kira sangat serius. Spek berjenama Swatch dengan kanta photogrey itu telah terlerai kanta dari frame nya. Sedih betullah saya sebab yang buat benda tu adalah anak sulung saya yang berumur 8 tahun dan bukan adiknya yan berumur 1 tahun 3 bulan.
Nampaknya kena bawak balik ke kedai la untuk betulkan! Leceh betul!

0 comments:

Post a Comment