Pada jam 5.28 pagi saya dikejutkan dengan rasa renjatan elektrik di kepala. Kelam-kabut saya bangun sebab dari rasa renjatan elektrik ke rasa berdenyut-denyut kat kepala saya. Rupa-rupanya......
kepala saya disengat lipan. Dengan segera saya ambil t-shirt saya dan pekup pada lipan yang sedang nak lari dari kena bunuh. Saya kejut isteri saya, suruh dia kejutkan anak sulung saya. Hampeh...betui. Dalam sakit-sakit tu saya tumbuk bertubi-tubi pada baju supaya lipan tu mati. Panjang lagi umur lipan tuh. Jadi saya pekup se3kali lagi dan seret dia ke luar kelambu. Saya suruh anak saya yang sulung ambik anak lesung kat dapur. Terus saya hentak anak lesung bertalu-talu di di baju.....
Tak mati jugak. Lari lipan tu be bawah tikar. Disebabkan risau bisa tersebut akan membuatkan kepala saya menjadi besar seperti dalam siri Alien Nation, saya terus tukar kain, pakai baju dan capai kunci kereta untuk ke hospital Kuala Kangsar.
Sampai hospital, kena inject. Sambil tu MA tanya kat mana kena sengat tu? Saya cakap kat kepala. Dia terkejut, dia kata jarang ader kes camtu. Saya tanya dia ubat yang dia inject ni mengantuk tak? Balas MA tu, tengok pada orang, kadang-kadang ubat tu lambat jalan. Tapi setibanyer saya kat umah, saya dah merasa mengantuk, letak kepala atas bantal terus saya lelap sampai jam 10 pagi baru bangun. Ubat? Macam-macam jenis setalkat jam 6.15 pagi MA bagi 3 jenis, tapi dia bagi lagi slip ubat untuk ambil di farmasi.
---
Ini bukan kali pertama saya disengat lipan. Kali pertama saya disengat lipan pada tahun 1998, menyebabkan tangan saya bengkak gila. Waktu itu, gepren saya (isteri saya sekarang...he..he) ada interview. Terpaksa mintak tolong adik saya untuk drive kereta.
Tapi mujurlah lipan tu tak attack anak-anak. Tu dia kuasa Allah, kita doa supaya anak-anak selamat. Dia makbulkan anak-anak tak kena apa-apa/ Lain kali kena include diri sendiri. Tapi kena gigit lipan ni aturan ALLAH. Cuma kita kena ingat, something good is going to happen!
Wednesday, April 7, 2010
Bitten
Related Posts:
HungerLaparnya perut aku...ini gara-gara melayan item-item yang nak di download. Namun aku puas, sebab album band favorite aku telah ditemui. Spermbirds - N… Read More
Little InjuryAlmost two days, aku tak dapat nak ke mana-mana. Perkara yang dirancang pada hari Sabtu tak dapat nak dilaksanakan. Perkara yang berlaku memang pelik.… Read More
Even journalist make this mistake. Berkurun lama dah rasanya masalah ini. Librarian adalah pustakawan. Bukan perpustakawan. Dan pustakawan adalah qualified profesional person bukannya … Read More
My boy and Timmy Minat terbaru baby-boy aku selain daripada layan cerita Chugington dan Agent OSO. Tatkala dengar jer muzik theme untuk cerita ni dia dah excited berp… Read More
LazybugBeberapa minggu ni memang rasanya malas. Tambahan pula selepas balik dari kampung wife aku, aku dah jadik robocop. Capik sebab kaki aku terseliuh. Diu… Read More
arghhhhh!!! seram tengo lipannnn ~
ReplyDeletepernah disengat scorpion je.
kena gigit lipan.. bila kejadian ni? mc berapa hari
ReplyDeletemc? terlupa nak mintak. Kepala dah biol sikit. Tambah kena masuk ubat yang membuat mengantuk lagi x boleh pikiaq.
ReplyDelete