Friday, January 28, 2011

Bettlebum

Bettlebum. Waktu post ini ditaip, lagu nyanyian kumpulan BLUR ini sedang berkumandang. Irama nyer kena dengan mood saya ketika. Kenyang, perut sebu dan mata mengantuk serta rasa sesalan yang amat sangat. Kenapa kesal? Salah pilih tempat makan jadi saya tak dapat pekena barli air hari ini. Barli ini elok untuk sesiapa yang masalah dengan buah pinggang dan juga urination. Untuk atasi masalah ni, saya banyak amik ubat homeopathy [ooops. stop sat..nak layan lagu favaorite saya - coffee & tv]. Homeopathy punya ubat banyak bergantung pada bahan organik dan herba (source), so side effect pada tubuh badan kita memang tak ader. Berbanding ubat hospital atau allopathic, banyak menuju kepada buah pinggang.
---
Petang ini, saya ada mesyuarat bersama top management universiti. Dan pertama kali bermesyuarat dengan salah sorang top management universiti yang baru. Masih tak tau rentak dia, so tak boleh buat assumption macam mana gaya pengurusan beliau. Currently, memang saya sedang buat persediaan untuk mesyuarat. Sehinggakan saya dah rasa letih dan mata saya sakit. Saya lari dulu ke blog ini. Rasanyer saya perlu repair spek baru saya, sebab mata saya asyik berpinar-pinar ajer (betui ke statement nih-kepala ker mata yang berpinar?). Spek baru saya patah pada frame tangkainya gara-gara bergurau ngan anak-anak.
---
Jawapan untuk soalan riddle yang saya bagi last post ialah...............
私の隣人 - watashi no rinjin.

Related Posts:

  • From blog to blog! I found an interesting post from one of my bloglist, Teori Evolusi - Big Bang regarding an Indonesian people. Base on current news about their provoc… Read More
  • A tribute to Amarah Post saya yang lepas ada buat orang marah dan mungkin sedikit berkecil hati. Namun begitu ia adalah dari hati nurani saya yang sebenar-benarnya. Teta… Read More
  • Note to myselfSepatutnya aku buat entri pasai persaraan big boss aku, tapi disebabkan photo belum diedit dan digrafikkan terpaksalah menangguhkannya dulu. Orait. Ar… Read More
  • No mood mode!Bosan...bosan....bosan. Tak da mood betul hari ini. Customer pun tak ramai. Layan thesis. Dah tak dak mood nak buat camna lagi.… Read More
  • Water purified series IIAlo...sambungan citer pasai water purifier ini boleh di dapati di link yang disediakan (kalau nak tau lah. Yang hangat hati dan cepat panas telinga ad… Read More

0 comments:

Post a Comment