Tuesday, May 31, 2016

Liaoson Librarian @ KLIBF 2016

Hunting novel yang memenuhi selera aku.
Ini dah kira lama punya cerita ni. Perkara yang dah jadi  kebiasaan setiap tahun. Dan juga kemungkinan pada mana-mana library UA. So this event took part on 03rd of March 2016, which is on Tuesday. So that is why I'd informed event ni dah lama. Dah nak basi pun. A trip to KLIBF atau Kuala Lumpur International Book Fair. Nak story pun rasanya story yang sama jugak. Apa yang kami buat di sana,  sama seperti apa yang kami lakukan saban tahun. Memperbanyakkan koleksi untuk tatapan dan rujukan para pengunjung dan pengguna khutub khanah bagi membantu mereka ini menyiapkan tugasan dan jadikan mereka ini knowledge worker. 

Kali ini tempat berlangsungnya acara ini adalah di MAEPS--Malaysia Agro Exposition Park Serdang. Bagaimana nak pergi? Ikut sahaja laluan lebuhraya SKVE kalau anda dari TM lah. Kalau dari tempat lain tahun ini ada shuttle services di KL Sentral. Perkara yang dilakukan masih lagi sama. Membawa kakitangan akademik untuk pemilihan buku. Kalau yang participate tu kakitangan akademik yang saban tahun pergi, tak der masalah sebab kita dah faham rentaknya. Kali ini pergi secara berjemaah untuk semua fakulti dan pusat. Senang satu hari jer  pergi. Dan penyertaan kali ini ada 'orang besar' so kena extra cautious dan ada spouse yang follow dalam trip so ada rakan sepejabat yang pergi tu kena behave!

Untuk kali ini, aku tak memborong banyak. Sebabnya mungkin aku ada banyak buku yang sedang dalam turutan nak dibaca termasuklah novel-novel karya Ramlee Awang Murshid. Dan juga di tapak festival tak nampak kelibat ATMnya walaupun pihak BSN jadi co-sponsor untuk event ni. Untuk kali ini, lokasi dibahagikan based pada dewan. Bagi buku-buku international, lokasi dewannya adalah di Dewan 4. So selepas breakfast yang ditaja oleh pihak vendor, we all terus ke Dewan 4. So help yourselflah para kakitangan akademik yang dijemput sehinggalah menjengah ke lunch hour. Lepas lunch hour, leisure time. So aku sambarlah jugak 2 novel yang based pada movie favorite aku: GI Joe dan juga Bourne. Lepas ronda-ronda dengan pensyarah yang follow dengan aku, kami merembat buku di booth Telaga Biru. Bukunya nipis tapi sampai sekarang tak khatam-khatam lagi. Memang peel aku...banyak buku yang aku baca di rumah aku tak khatam lagi. Baca sampai certain chapter..bookmarking lepas tu beralih ke judul yang lain. Tu yang kadang-kadang makan bertahun baru khatam.

Alhamdulillah, tabiat suka membaca ni tercurah jugak pada amak-anak aku. Mungkin effect membawa diaorang ke kedai buku instead bawak ke ToysRUs. So sehingga sekarang ni kalau nampak MPH atau Popular Books Store, laju jer diaorang mengajak pergi. Rasanya itu saja coretan kali ini. Arrioss!! 

Related Posts:

  • HungerLaparnya perut aku...ini gara-gara melayan item-item yang nak di download. Namun aku puas, sebab album band favorite aku telah ditemui. Spermbirds - N… Read More
  • Hero Idola Korang mesti ada hero idola. Aku, walaupun dah nak menjangkau usia remaja tua, ada hero idola aku yang telah aku kenali sejak 1994 lagi. Aku mula m… Read More
  • My boy and Timmy Minat terbaru baby-boy aku selain daripada layan cerita Chugington dan Agent OSO. Tatkala dengar jer muzik theme untuk cerita ni dia dah excited berp… Read More
  • LazybugBeberapa minggu ni memang rasanya malas. Tambahan pula selepas balik dari kampung wife aku, aku dah jadik robocop. Capik sebab kaki aku terseliuh. Diu… Read More
  • Little InjuryAlmost two days, aku tak dapat nak ke mana-mana. Perkara yang dirancang pada hari Sabtu tak dapat nak dilaksanakan. Perkara yang berlaku memang pelik.… Read More

2 comments:

  1. bagus tu kalau anak2 pun suka membaca...sikap membaca ni mmg kena bentuk dari kecik kan...
    gud job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you. Elok ler kita sama-sama tinggikan statistik bilangan pembaca kat Malaysia nih.

      Delete