Hadis Zaid bin Thabit r.a. katanya: Kami pernah bersahur bersama Rasulullah s.a.w. Setelah itu kami pun menunaikan sembahyang Subuh. Kemudian aku bertanya: Berapakah selang waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: Kira-kira bacaan lima puluh ayat.
(HR Bukhari & Muslim)
Assalamualaikum dan salam kepada anda yang menjengah. Sudah sekian lamanya tak aktif menulis. Banyak idea tapi lemah nak menggarap dan menzahirkan dalam bentuk tulisan. Rasanya belum terlambat lagi nak mengucapkan selamat berpuasa atau Ramadhan Kareem walaupun hari post ini ditulis dah 8 Ramadhan.

Ada lagi hadis yang sentuh tentang keberkatan bersahur iaitu "Diriwayatkan daripada Anas ra katanya: Rasulullah saw bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur ada keberkatannya. (HR Bukhari & Muslim)"
Menyentuh tentang solat sunat taraweh pulak ambil peluang untuk laksanakan. Tak sempat nak buat secara berjemaah di masjid. Boleh buat sendirian di rumah. Tak kisah lah korang nak solat teraweh mula jam 10 malam pun, janji sebelum masuknya solat Suboh. Boleh juga kalau nak buat solat sunat taraweh secara berjemaah sesama ahli keluarga. Mungkin ada kekangan untuk isteri dan anak-anak ke masjid, so buatlah di rumah. Kita sendiri boleh control pace dia. Tak kisah lah hanya ayat-ayat lazim sahaja yang dapat dilafazkan sewaktu solat.
Tentang zakat fitrah jangan jangan sesekali dilupakan. Tak kan dalam tempoh 30 hari terlupa langsung nak tunaikan untuk diri sendiri dan tanggungan. Tahun ni ada sedikit penstrukturan semula zakat fitrah mengikut beras yang kita makan. Sapa pakai beras tempatan atau macam aku pakai beras usang bayarlah RM 7.00 bagi negeri Perak. Sapa-sapa yang pakai beras mahal bayarlah lebih RM14.00 sekepala atau RM 21.00. Wah..wah dah menyembang macam ustaz la pulak. Tu semua peringatan untuk diri aku. Kalau kita dah peringatkan pada diri kita, barulah kita boleh panjangkan kepada orang lain. Tak gitu?
Arrioss! Selamat berbuka puasa.
(Sumber grafik: Google)
(Sumber grafik: Google)
0 comments:
Post a Comment