Tuesday, October 9, 2007

Mubarak Eidul Fitri

Ramadhan semakin meninggalkan kita, dan syawal mendekati untuk disambut. Ramai taulan aku mula bergembira untuk bercuti. Ada yang akan meninggalkan pekan kecil ini untuk bersama-sama dengan keluarga tercinta. Ada yang akan beransur besok. Namun, kepada yang akan memulakan perjalanan, bacalah doa menaiki kenderaan dan tawakkallah kepada Allah dan berhati-hatilah di jalan raya.

Aku akan beraya di rumah mentua aku di utara. Dan cuti aku akan bermula pada 11hb sehinggalah 18hb Oktober. Bermakna kita akan bertemu pada Isnin keramat 22hb buat IS 772 first batch untuk MLS 742. Amin untuk semua.

Penutup bicara, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

0 comments:

Post a Comment