Monday, March 30, 2009

RX Water (Please read with open heart and brain attached.)


Passion terbaru bagi kebanyakan staff di jabatan aku adalah kepada RX Water. Boleh dikata setiap minggu ada saja permohonan bekalan air RX-Water yang sama kandungan dengan air reverse osmosis yang dijual dengan harga 80 sen - RM 1.20 sebotol (botol kecil). Ramai beranggapan bahawa air ini boleh menyembuhkan penyakit, seperti mana yang dicanangkan oleh pengasasnya dan juga agen jualan langsung Hai-O dengan produk mereka Bio aura. Memang ada kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Jepun mengenai kebaikan air yang telah melalui proses water purification ini. Tetapi pengguna perlu mengikut tertib di dalam terapi air atau water therapy. Sebagai contoh, bagi pesakit gout perlu minum 5 gelas air berproses ini dalam satu sesi atau cakap melayunya 'sekali hadap'. Bukannya sekali dahaga minum, nak makan nasi minum. Dan untuk melaksanakan water therapy ini, anda memerlukan bukan hanya 1 atau 2 botol bersaiz 5 liter tetapi bekalan berterusan iaitu kena pasang water purifier. Bapak mertua aku ada pengalaman dengan RX-water dimana, beliau telah beli sampel sebanyak 5 liter dan selepas itu dah tak beli sebab tak percaya sangat dengan cakap orang yang buat demo katanya segala jenis penyakit seperti sakit kulit, gout dan sebagainya boleh hilang. Kenapa beli bila aku tanya? Sebab orang yang buat demo ni kata, air minum ni ada aura yang boleh menyembuhkan penyakit yang ada dalam badan. Bukan orang yang buat demo ni kata, tapi pengasas RX Water ni pun menyatakan di dalam web site dia mengenai aura yang ada di dalam katrij penapis di mana di dalam katrij penapis ke-4 ada aura converter yang mempunyai healing capabilities.
----
Kebanyakan staf di jabatan aku beli RX-Water sebab tak ada water purifier. Tapi kalau ikut calculation aku (sebab aku dulu pun tak mampu nak beli, tapi sekarang dah ada), diaorng berkeupayaan untuk beli. Pada masa sekarang water purifier ada dijual dengan harga serendah RM 2,000. Sebagai contoh, Hai-o Bio Aura dijual dengan harga RM2,080++ (contact saudara khidir.). Dan kebanyakan water purifier ni pulak boleh bayar secara ansuran. Dengan kualiti air di tempat aku tinggal skrg ni, memang patut ada water purifier.

Related Posts:

  • Update on H1N1 outbreak It was reported that 1 of staff of my organization positively infected with influenza A H1N1. I'm not sure about the validity of the information, but… Read More
  • Water purified series IIAlo...sambungan citer pasai water purifier ini boleh di dapati di link yang disediakan (kalau nak tau lah. Yang hangat hati dan cepat panas telinga ad… Read More
  • Note to myselfSepatutnya aku buat entri pasai persaraan big boss aku, tapi disebabkan photo belum diedit dan digrafikkan terpaksalah menangguhkannya dulu. Orait. Ar… Read More
  • H1N1 outbreak!Outrages.. there's an outbreak with 6 students infected with H1N1 and 10 suspected with this disease. So we've received order and notice from State Of… Read More
  • Back from Hari Raya1. Back from my kampung to my sweet home on Friday. 2. Waiting for some delivery item. Waited till 10 pm. 3. Still waiting for the delivery. 4. Planne… Read More

2 comments: