Friday, November 27, 2009

Eidul Adha

"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah." (Surah al-Kauthar:2)

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Zaid bin Arqam berkata: "Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan." Mereka bertanya: "maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan." (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)


----
Selesai sudah solat sunat hari raya aidiladha. Kini saya sedang bersiap-siap untuk pulang ke kampung. Cyber akan di log-off buat beberapa hari. Maka berjumpalah kita semula pada hari Isnin 30hb November. Yup...memang saya tak ambil cuti. Memang selalu macam tu. Orang lain cuti bagai lupa dunia, tak ingat tentang orang lain. Saya (dan beberapa rakan opis) sentiasa kena jaga opis. Nak tau hal ehwal saya, sila lawat saya di twitter. Lawat sahaja, bukan li**t.

Related Posts:

  • PIKOM PC Fair III 2007: Revisited I've got myself a new digital camera today. And today was a visit to PC Fair 2007 held at KL Convention Centre. So happening at the scene. People are… Read More
  • Upgrade to Mozilla Firefox 3.0Aku masih berkira-kira sama ada nak upgrade browser firefox aku atau pun tidak. Dengar cerita, browser yang baru ni lebih secure dan 'pantes'. Apa yan… Read More
  • FBFB saya hampir mati. Dan saya fikir saya ingin release atau delete FB saya sebab rasanyer tak larat nak maintain blog dan FB secara serentak. Lagipun … Read More
  • Competitive intelligent reportPening kepala hotak aku buat benda ni. Malah maklumat yang diperlukan memang amat kurang, so aku terpaksa bergantung kepada news dan juga pengetahuan … Read More
  • The Blog of MLS 772Finally, after rested for 3 days, and brainstormed I had develoed the blog for Master of Library Science student. It still in progress, though. -----… Read More

0 comments:

Post a Comment