Thursday, December 31, 2015

Welcome

As of this moment, I'm still wondering what are the excitements awaits me in 2016. By the way, 2015 has became successful drawing pallette for me. According to me, lah. But there are tremendous amount of space for me to become more effective or efficient. So welcome 2016. Bye bye 2015, everyday exactly the same.

Monday, December 28, 2015

December 2015's post

Terus-terang cakap aku tak tau nak mula tulis macam mana untuk post kali ini. Mungkin ini post terakhir bagi December 2015. Dalam kepala otak ada macam idea yang boleh digarapkan. tapi kerja-kerja makan gaji aku jadi menimbun banyaknya. Sudahnya ini je la kot yang aku dapat coretkan.

Monday, October 19, 2015

10 Wasiat Hassan Al-Banna: Wasiat 2

Bacalah AL-QURAN, buatlah kajian, dengar ilmunya atau berzikirlah. Janganlah habiskan masa pada perkara yang tidak memberi faedah.
"Dan apabila Al-Quran dibacakan, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat." (Al-A'raf: 204)"

Friday, May 29, 2015

10 Wasiat Hassan Al- Banna: Wasiat 1

Segeralah tunaikan solat apabila saudara mendengar azan, walau bagaimanapun keadaan sekalipun.
"Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolong kamu dan mengukuhkan kedudukan kamu." (Muhammad: 47)

Tuesday, May 19, 2015

Selamat Hari Guru, Cikgu!

GURU

ialah
Dian kerdil memberi suluh pencarian
Pendidik yang menerima kepayahan
Demi kesenangan anak didik masa depan

Dialah
Penekun tabah mengukir waktu
Pengajar bermandi keringat
Dalam debu dan batu-batu

Monday, May 18, 2015

Simple Mistake II

Baru aku perasan. Itu pun setelah ditegur oleh salah seorang kakitangan aku. Macam mana selama aku boleh tak terfikir? "Mana office boss punya signage?" (pertanyaan dengan penggunaan perkataan yang sebenar). Terdiam aku seketika. Membuat aku merenung kembali setiap signage yang dipasang. Sudahlah penggunaan terma yang salah, signage untuk office aku pun tidak dimasukkan. Kelemahan insaniah atau disengajakan? Patutlah kebanyakan vendor yang ada temujanji dengan aku sukar nak cari, kadang-kadang aku terpaksa invite diaorang di level 1 untuk dibawa ke ofis aku di level 2. Apa punya turr? 

Sekadar Gambar Hiasan
Ini kalau aku request signage baru di keadaan bajet yang semakin mengecil ni, for sure aku kena hentam dengan big boss. Dan disebabkan itu, aku terpaksan tanggung bebelan big boss aku di atas sikap tidak competence officer aku yang jalankan tugas. Bukan tak tegur di atas attitude diaorang...tapi mungkin sebab masih tak terima hakikat diaorang reluctant nak ikut dengan pelbagai alasan. Kalau private dah lama kena fired kalau camni. Ok moral of the story: agak sukar nak deal dengan orang yang dulu satu level of management. Apatah kalau dari segi usia agak tua daripada kita. Akhir kalam....Arrios!

Friday, May 15, 2015

Simple Mistake

Manusia dilahirkan dengan ketidaksempurnaan. Ini adalah untuk manusia belajar menerima ketidaksempurnaan ini dan berusaha memperbaiki ketidaksempurnaan ini. Pada keadaan seperti ini jugalah manusia diajar berusaha, bertawakkal dan percaya apa yang ditentukan Ilahi adalah sebaik-baik kejadian. Namun kadang-kala ketidaksempurnaan ini di pandang remeh seakan-akan ianya tidak menimbulkan atau memberikan impak besar terhadap sesuatu atau sesiapa. Malah kadang-kala kita alpa kita sering menganggap perkara kecil tidak perlu diambil kisah dan perlu lihat benda yang lebih besar. Malah kita gagal melihat perkaitan item yang kecil adalah sebahagian daripada perkara yang besar. Apatah lagi kita samar-samar dengan konsep keperluan visual dan keperluan praktikal. Panjang mukadimah ni.

Friday Emergency: Pecah Rumah

Keadaan tingkap bilik belakang yang dikumpil
Keadaan masih lagi hujan tatkala aku tiba di rumah pada jam 11.15 malam. Tiba-tiba jiran aku keluar dari rumahnya meluru ke rumah jiran depan sambil melaungkan sesuatu. Aku tak dengar pada mulanya,namun lepas tu clear seetelah wife aku bertanya. Terus aku masuk ke rumah dan switch on kan lampu belakang. Rumah jiran aku yang jaraknya selang sebuah rumah daripada aku telah mengalami insiden percubaan pecah rumah. And then terus aku keluar untuk bagi bantuan dan luckily percubaan masuk tu tak berjaya sebab maling tu terkejut dengan sergahan jiran aku yang yang tinggal betul-betul sebelah rumah.

Friday, April 24, 2015

Reopen

Salam Jumaat. Aku cuba untuk aktif semula. Namun apa kan daya, sejak kenaikan pangkat Ogos lalu banyak perkara yang berada di atas bahu. And banyak perkara kena belajar. Yup said about learning, we learn everything started from infant till we lay down beneath the earth. Long life learning, orang kata. So di atas kesibukan baru ini menjadikan aku kurang beri tumpuan untuk berblogging walaupun adakalanya aku perlu menyatakan atau mengulas isu-isu office tanpa melukakan hati orang lain. Enough said. That's all for stater.
Arioss!!