Friday, July 15, 2022

Memori Korporat Untuk Diri Sendiri

 

Tak pernah aku bayangkan aku akan berada di dalam mana-mana penerbitan elektronik apatah lagi berada dalam dokumentari. Agak terkejut apabila aku antara invidu terpilih berada dalam dokumentari bersama-sama YB Dato' Naib Canselor selain daripada wakil-wakil pelajar. Bangga sekejap...ho..ho..ho.

Ramai jugak yang acknowledged siap kawan aku sewaktu sekolah share dalam grup. Jangan la buat macam tu ...Malu aku wehh!!!

Al-kisahnya aku ini diminta oleh rakan seofis yang mengendalikan sesi rakaman untuk take over sesi interview. Memandangkan big boss aku ada mesyuarat besar yang tidak dapat ditinggalkan, salah satu job specs aku menjadi "bidan terjun" dan di atas keperluan menjaga air muka jabatan aku maka aku menyanggupkan diri. Dengan hanya dalam tempoh 10 minit aku menyediakan jawapan terhadap soalan  yang telah dikemukakan oleh wartawan Malaysia Gazette. Malah minta rakan seofis aku untuk mencetak statistik sebagai alat bantuan sewaktu sesi rehearse. Sesi rehearse ni wajib sebab untuk mengelakkan kegugupan waktu sesi shooting sebenar.

Tapi sewaktu sesi shooting bermula aku dapat soalan tambahan daripada pengarah fotografi secara spontan tanpa sesi rehearsal iaitu falsafah di sebalik slogan pengetahuan suluh budiman. Alamak !! Maka dengan spontanesous kepala otak aku berfungsi mencari maksud maka terkeluarlah ayat - ayat tanpa rangkap tersusun. So begitulah ceritanya yang terkeluar...hanya part soalan spontan yang ditayangkan. Bak kata sahabat aku, mungkin yang cakapkan itu ada content, maka itulah yang mereka gunakan.

Apa-apa pun terima kasih MAS dan FIR di atas bantuan teknikal dan bahan untuk aku gunakan dalam sesi temubual ini. Dan terima kasih jugalah diatas peluang memori korporat untuk diri aku sendiri. ARIOSS!!

Related Posts:

  • The TrendsettersKenapa sekarang ni kebanyakan naib canselor IPTA adalah dari golongan perempuan? Satu topik yang sering disebutkan dan diulas. Adakah kerana makhluk A… Read More
  • Restructuring YourselfLately, aku akui aku memang sibuk dengan kerja ofis. Sehinggakan kengkawan yang nak mintak aku tolong diaorang for their assignment terpaksa aku tolak… Read More
  • Becoming Excellent Front LinerEvery day, every hour and every minute, before I stepped up to this desk, I've always keep asking myself....what type of front liner I should be? Frie… Read More
  • Buntu dan keliru IIBaru lepas mengadap boss. Dan as usual kena banyak le task yang dibaginya. Dia bertanya pada aku tentang banner yang aku jadi anchornya. Aku jawab, "M… Read More
  • Back into the real worldI'm just got back from my on-leave. I'm not had a vacation. It's just a hard-work-for-a-wedding job that I had to gave full of commitment to ensure it… Read More

1 comment: