Monday, September 30, 2024
Port LAKSA di Sungai Siput
Thursday, September 19, 2024
REThinking On Weekend Plan
![]() |
| Unplanned trip to Pantai Segari |
Mencari penyakit kalau nak ubah plan dan buat unplanned trip seperti mana biasa. Itu perkara yang kami sekeluarga sering buat. Plan nak pegi ke satu tempat, spontaneously pilih pergi ke tempat lain di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Plan nak balik kampung terpaksa di ubah ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Gambar yang dikongsi adalah trip sekeluarga secara unplanned kami ke Pantai Remis untuk lunch menu Kari Kepala Ikan yang mana menu ini hanya ada pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. selepas itu bawa anak-anak ke Pantai Segari.
So apa aktiviti korang waktu cuti bersambung hari tu?
Friday, September 13, 2024
Layan Mee Goreng Railway Tanjung Rambutan
Melepasi ambang tahun baru 2024
[Nota kepala: Post ini telah digarap pada 31 Disember 2023. Masalah teknikal yang timbul menyebabkan post tinggal sebagai deraf]
Alhamdulilah. Sekali lagi kita diberikan peluang oeh Allah untuk berada di muka bumi ini untuk tahun ini. Dan aku rasa tiada lagi umat manusia yang sibuk untuk menggap azam baru untuk tahun 2024 ini. Bukan tiada langsung, tapi mungkin hanya segelintir sahaja. Ramai yang sudah cakna bahawa bahawa hidup ini satu perjalanan. tak kira lah awal tahun, hujung tahun, pertengahan tahun, kita boleh detour perjalanan hidup kita. Atau bila kau rasa penat, kau boleh berenti di RnR atau mana-mana pit stop. Apa-apa pun kita boleh ambil iktibar apa yang dah berlaku pada tahun 2023 untuk kita perkemaskan diri kita pada tahun ini.
Agak terlalu awal nak memperkatakan keadaan yang berlaku sekarang. Perang Gaza -Israhell masih lagi berlangsung dengan jumlah syahid yang agak tinggi. Orang-orang Palestin berjihad dengan nyawa mereka untuk agama Allah dan menjaga kiblat pertama umat Islam. Peranan kita kat sini berjihad lah dengan menolak anasir-anasir yang boleh membantu kemenangan Israhell dan penyokong-penyokongnya. Berdoalah pada Allah agar Israhell tidak lagi wujud di dalam peta.
Dinner Malam Tahun Baharu
![]() |
| Dinner di Nasi Lemak Wak Kentut cawangan Kempas |
Kebiasaannya di bulan Disember setiap tahun kami sekeluarga akan pergi menikmati getaway ke mana-mana destinasi yang ada makanan yang best. Namun kali ini tak dapat berbuat demikian bila Abang balik tanpa motor Pulsar dia. Motor ken amasuk workshop --kena overhaul ada bunyi bearing pecah dalam blok enjin. Jadi kisahnya dia terpaksa menumpang kawan untuk balik ke TM. Bila cuti semester tamat kenalah menghantar Abang untuk balik semula ke kolej di Kempas.
Disebabkan hendak dinner di tempat yang dekat dengan kolej Abang dan selalu dengar Abang makan di situ so kami pilih la kami di Nasi Lemak Wak Kentut. Memang dekat sangat dengan kolej Abang, dia dengan kawan-kawan dia jalan kaki sahaja dah sampai. Abang bagitau kami jangan la taruh harapan tinggi sangat pada taste nasi lemak tu.
![]() |
| @Nasi Lemak Wak Kentut Cawangan Kempas |
![]() |
| Simple yet delicious - with black coffee ice and beef lung |
Tuesday, October 3, 2023
My political view on politics
As my memory serve me correctly, one or two years ago, an anonymous reader had recommended for me to write on topic of Malaysian politics. As he or she mentioned that the political blogger always gets more readers for their blog. Well, I couldn't agree more to that statement but unfortunately politics is not one of the topics I share with the reader. I do have my own view on what happened in Malaysia nowadays. And I do have insight information what happened in both sides – Government and Opposition which I happened to had a friend who really involved on both sides of block. For me it is not my forte to express it into my blog.
![]() |
| With my UiTM ex-course mate |
Even for that reason, I also seldom share
it among other friends. Because sometimes it can become catastrophic catalyst
to burn any relationship. Not only to friends but it also can start a sibling’s
rivalry. For that reason, also it is safe to share my view to my wife as we had
some ‘parallel thinking’. If we don’t have any agreement it will end after both
of us shut our eyes. And tomorrow we begin new chapter in our adventure. You must
be mature to talk or write about politics. Some of us become emotional about
it. Never hold a grunge into people that didn’t have same level of agreement
with you.
That is why I rather just hold to topics
that easy going, the topics I really into such as music, office thingy, view on
job related instead on something that have to analyse before going to write
about it. As for the updates for this blog, I found that laziness has become
one of perfect reason. Trying to update at least one post a week. Question: Why
in English? Consider this a training to bilingual skills.
ARRIOSS!!
Monday, May 8, 2023
Ini Barulah Cerita Raya 2023
Monday, April 17, 2023
Cerita Hari Raya Ini Tahun!
![]() |
| Bersama-sama anak-anak terunaku selepas Solat Sunat Aidilfitri 2022 |
Tuesday, January 17, 2023
明けましておめでとうございます 2023 (Happy New Year 2023)
Akemashite Omedetō Gozaimasu 2023. Tu bahasa jepun untuk selamat Tahun Baru 2023. Dah pertengahan bulan Januari baru nak buat ucapan he..he..he. Yang penting adalah kegigihan nak membuat nukilan untuk yang support membaca rasa dan luahan fikiran aku. Terima kasih yang membaca. Kalau tak ada yang nak membaca, sekurang-kurangnya ada rekod tacit knowledge untuk diri aku ini.Azam baru? Tu perkara yang agak membosankan. Tiap-tiap tahun mesti nak tanya azam baru? Nak ada something untuk dicapai? Pada aku life is a journey. Di sepanjang perjalanan ke penghujung usia kita boleh ubah atau letak apa-apa keazaman untuk apa yang kita nak capai. Tahun itu adalah hentian atau kawasan rehat dan rawat. Capailah apa sahaja tak semestinya di tahun baharu menjelang.
Kepada yang tengah belajar ubah konsep belajar tu bukan sekadar untuk lulus periksa tetapi learning for your life. Belajar untuk kasi otak itu hidup. Sebab peperiksaan itu sekadar untuk menguji pemahaman engkau terhadap apa yang dipelajari.
Semoga tahun ini kita kekalkan produktiviti dan elakkan konfrontasi serta provokasi. Hal-hal politik biarlah orang politik yang main peranan. Kita rakyat fight untuk kelangsungan hidup. Mana-mana blok politik yang pegang, bangsatnya tetap sama. ARRIOSS!
Tuesday, January 3, 2023
Cerita Suku Kedua Tahun 2022: Lambakan Throwback Lagi
Assalamualaikum. Salam sejahtera. Ogenki desuka. Sedar tak sedar, suka tak suka, kita ada hampir 4 bulan nak menghampiri tahun 2023. Rasanya pelbagai onak, pelbagai penat dan perih kita dah harungi. Mungkin ada suka, mungkin ada duka. Setiap orang perjalanan hidupnya berbeza. Kita ada pilihan untuk kita tentukan haluan kita, namun Allah jua sebaik-baik Perancang.
Seperti mana aku yang masih lagi dengan hasrat sekurang-kurangnya 03 blog post sebulan dan mungkin 01 blog post dalam english. Hasrat itu masih lagi menjadi tentatif. Nampak macam sukar nak menjadi realiti. Tak kira apa jua yang berlaku, aku cuba share kan beberapa perkara yang berlaku dalam hidup aku dalam tahun ni.
Berbuka puasa di Sarang Art Hub
Ini event terkejut dan selalunya event macam ni yang paling menjadi. Tak kisahlah tak ramai yang join. Sebenarnya ini event unofficial majlis berbuka puasa untuk pegawai di tempat aku bekerja. Event yang tak sampai 48 jam commit berjaya dilaksanakan dengan 4 keluarga yang join di restoran milik Allahyarham Mamat Khalid iaitu di Sarang Art Hub. Tertunai juga hajat nak bawa anak-anak dan isteri makan di sini. Menu berbuka puasa agak simple namun masih mampu menyelerakan anak tekak 😆Menu berbuka puasa bertukar setiap hari.
Aku yang memang bercuti pada hari berkenaan memang tiada masalah sebab amik anak daripada airport Ipoh untuk bercuti Hari Raya Aidilfitri. Pada hemat aku Insya Allah boleh dinajurkan lagi pada masa-masa akan datang bergantung pada mood juga. Yang seronok berbuka di Sarang Art Hub ini adalah dekorasi yang sangat awesome terutamanya pada kami yang venue berbuka di sebuah bilik dengan dekorasi drama ' Kampung Pisang Bersiri-siri'.
![]() |
| Kami yang hadir berbuka puasa di Sarang Art Hub |
![]() |
| Me with me boys |
Beraya Aidilfitri: Salah Timing
![]() |
| Raya photoshoot selepas Solat Sunat Aidilfitri |
![]() |
| Raya photoshoot pada Raya Ke-2 di rumah atok |
Belasungkawa Tn. Hj Ibrahim Wahid: 1921 - Mei 2022
![]() |
| Suasana di kuburan Kg. Pasir Garam |
Visit to The Shore Oceanarium Melaka
![]() |
| Keadaan di dalam Oceanarium |
![]() |
| Ini ikan monkfish (kalau tak silap aku) |
![]() |
| Ikan besar dalam akuarium |
Asam Pedas Lagenda
![]() |
| Ada daging tetel, ikan pari, ikan merah dan ayam. |
![]() |
| Santapan mata dulu sebelum mulut |
Friday, July 15, 2022
Memori Korporat Untuk Diri Sendiri
Ramai jugak yang acknowledged siap kawan aku sewaktu sekolah share dalam grup. Jangan la buat macam tu ...Malu aku wehh!!!
Al-kisahnya aku ini diminta oleh rakan seofis yang mengendalikan sesi rakaman untuk take over sesi interview. Memandangkan big boss aku ada mesyuarat besar yang tidak dapat ditinggalkan, salah satu job specs aku menjadi "bidan terjun" dan di atas keperluan menjaga air muka jabatan aku maka aku menyanggupkan diri. Dengan hanya dalam tempoh 10 minit aku menyediakan jawapan terhadap soalan yang telah dikemukakan oleh wartawan Malaysia Gazette. Malah minta rakan seofis aku untuk mencetak statistik sebagai alat bantuan sewaktu sesi rehearse. Sesi rehearse ni wajib sebab untuk mengelakkan kegugupan waktu sesi shooting sebenar.
Tapi sewaktu sesi shooting bermula aku dapat soalan tambahan daripada pengarah fotografi secara spontan tanpa sesi rehearsal iaitu falsafah di sebalik slogan pengetahuan suluh budiman. Alamak !! Maka dengan spontanesous kepala otak aku berfungsi mencari maksud maka terkeluarlah ayat - ayat tanpa rangkap tersusun. So begitulah ceritanya yang terkeluar...hanya part soalan spontan yang ditayangkan. Bak kata sahabat aku, mungkin yang cakapkan itu ada content, maka itulah yang mereka gunakan.
Apa-apa pun terima kasih MAS dan FIR di atas bantuan teknikal dan bahan untuk aku gunakan dalam sesi temubual ini. Dan terima kasih jugalah diatas peluang memori korporat untuk diri aku sendiri. ARIOSS!!
Thursday, July 7, 2022
Cerita Suku Pertama Tahun 2022: Lambakan Throwback
Assalamualaikum. Selalunya apabila dah mencecah hampir separuh tahun, kita akan mula buat laporan setengah tahun apa yang telah dicapai dan perkembangan sesuatu perkara itu. Bagi aku biarlah kita berkongsi sepanjang 03 bulan pertama tahun 2022 ini. Nanti aku dah tak ada bahan nak digarap di sini. Sebarang garapan di sini dikira sebagai dokumentasi kewujudan aku di muka bumi Allah ini. Aktiviti-aktiviti yang aku laksanakan di sepanjang hidup aku boleh la dianggap sebagai aku menyimpan tacit dan explicit knowledge aku.
Aku ni antara salah seorang yang tak berapa gemar untuk attend aktiviti ofis di luar waktu pejabat. Namun disebabkan dah berada di kalangan top management ni, perlulah diasuh diri ini walaupun tak berapa berkenan. Malam tadi aku telah diminta untuk mewakilkan Boss aku ke satu program bicara tokoh yang dianjurkan bersempena pesta konvokesyen atau peskon di universiti tempat aku mencari rejeki ni. Kiranya paksa rela lah aku ni.
Bicara tokoh malam tadi melibatkan tokoh pendidikan terkemuka Malaysia iaitu Tan Sri Dato' Sri Prof. Emeritus Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. Siapa-siapa alumni UiTM akan kenal dengan beliau ini sebab beliau ni adalah mantan Naib Canselor UiTM. Belaiu juga adalah alumni ITM. Join ITM sebanyak 2 kali sebab pernah gagal dalam pengajian dan diberikan peluang kedua untuk belajar. Very inspiring kalau denganr cerita Tan Sri. Kalau yang malas belajar tu dan anggap tak ada education kau boleh berjaya dalam hidup dan kaya itu adalah sementara. Even mendiang Steve Jobs dan Bill Gates walaupun seorang college drop out, diaorang still get education. Bill Gates salah satu hobi membaca dia di waktu lapang adalah membaca tesis-tesis yang dikeluarkan terutamanya melibatkan rekacipta dan inovasi.
Diringkaskan untuk kesenangan minda, ada 3 perkara yang dikongsi oelh Tan Sri untuk kita amalkan dalam hidup. Ini Tan Sri kongsikan apa yang dipesan oleh seorang pakcik yang beliau temui di dalam keretapi ketika hendak pulang ke Pulau Pinang. Tiga (03) perkara yang dikongsi oleh Tan Sri adalah Percaya sepenuhnya dengan Allah, Jangan tinggal solat dan Doa ibu. Pakcik yang Tan Sri jumpa itu adalah ketika kereta api singgah di Tanjong Malim untuk mengambil penumpang. Adakah pakcik itu salah seorang tenaga pengajar MPSI? Itu tak pastilah sebab tiada siapa yang bertanya. Kalau ada yang berhajat nak memahami dengan lebih lanjut bolehlah melayar ke FB Tan Sri dengan nama DrSahol. Aku tak boleh nak browse sebab aku tiada FB.
Enroll to ILKKM
Ni cerita awal Januari yang lalu. Waktu ini seingat aku, selsema sepanjang minggu dan sakit tekak menyerang. Mujur negatif Covid-19. Seawal 3 Januari 2022, aku bergerak ke down south. Si Abang dah diterima masuk ke ILKKM atau nama penuhnya Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia. Abang dah beralih bidang daripada chemical engineering di UiTM ke bidang radiologi. Dah dia minat kita sebagai parents ikut kan sahaja. Pada hal si Abang dah semester 03 di UiTM dan sepatutnya 'terbang' ke Kampus Sarawak pada bulan November 2021 Namun Alhamdulillah Si Abang di terima mendaftar di ILKKM Kempas, Johor Bharu.
Jadi bermula lah kehidupan Abang sebagai pelajar pelatih radiologi yang akan jadi pemegang diploma radiologi. Terasa sedikit bangga sebab pelatih radiologi ni daripada setiap negeri di Malaysia hanya seorang sahaja yang dipilih. Kalau kursus pembantu perubatan atau jururawat calon pelajar akan lebih daripada 02 orang. Maka mulalah kehidupan dia tanpa ada mak ayah di sisi. Kenalah berdikari. Kalau ikut kan aku dah berenggang dengan parent aku bermula daripada umur 3 tahun sehinggalah aku berumur 5 tahun. Sekali lagi berenggang apabila aku berjaya mendapat 5A dalam UPSR pada tahun 1988. Sekali lagi berenggang bila dapat masuk STAR Ipoh. Begitu juga lah selepas STPM aku berjaya enroll ke ITM tapi keluar sebagai graduan UiTM.
Ditemubual Malaysia Gazette
Pengalaman sahajalah yang jadi benteng hilang kegusaran. Mujur juga wartawan dah bagi rehearsal dengan soalan-soalan yang akan ditanya sewaktu sesi temuramah. Dan rakan-rakan sejawat dah ready dengan statistik untuk aku bacakan serta A4 paper nota untuk aku refer sewaktu interview. Macam tak percaya jer bila 1 shot take jer sesi temuramah aku. Apatah lagi wartawan dengan pengarah fotografi bagitau diaorang berpuas hati dengan sesi shot berkenaan. Siap bagitau kat aku "macam dah biasa jer encik" Dia tak tau dalam badan ada satu macam punya gementar. Mujur tak jadi macam sudin dalam Seniman Bujang Lapuk -- "angin senggugut aku dah datang lah ...."
Tak Mahu Hybrid
Apabila Menteri Kesihatan YB KJ memaklumkan bahawa status pemegang vaksin SinoVac akan bertukar tidak lengkap jika tidak ambil vaksin penggalak sebelum 31 Mac 2022, aku dah mula cari sumber vaksin SinoVac juga sebagai dos penggalak. Memang aku reject kalau nak ambil PFizer sebagai dos penggalak. Apatah lagi aku lihat kesan dos berkenaan pada wife aku yang ambil sebelum akhir tahun 2021. Malah kesan melibatkan otot masih lagi ada sehingga sekarang walaupun dah jumpa doktor.
Tuesday, October 26, 2021
301, 501, 701 Cricket dan Around The Clock
301/501/701
Ini merupakan permainan standard yang sentiasa dimainkan pemain dart atau darter. Jenis permainan ini dimainkan secara perseorangan, beregu atau 3 orang berkumpulan (threesome -- jangan ingat bukan2) yang biasanya jenis 701 akan dipertandingkan.
Kaedah permainan ini memerlukan pemain untuk mengurangkan jumlah markah sehingga sifar sama 301, 501 atau 701. Di dalam permainan, markah atau baki terakhir perlu diakhiri dart pada slot 'double ring' pada nombor atau 'double bull' (bulleye) di tengah papan dart.Setiap papan dart mempunyai nombor yang dibahagikan kepada tiga ring yang mempunyai markah yang berbeza iaitu single (markah tanpa ganda), double (ganda dua) dan triple (ganda tiga). Nak senang faham boleh tengok rajah dartboard atau papan dart. Setiap balingan sebanyak 3 dart akan memberikan jumlah markah yang ditolak daripada 301 atau 501 atau 701.
Untuk memenangi permainan, pemain perlu mengakhiri baki permainan dengan balingan dart ke ring ring nombor double atau ganda dua. Nak bagi korang lebih faham aku bagi contoh: sekiranya baki markah anda adalah 32, maka anda perlu membuat balingan ke ring nombor 16 ganda dua. Ataupun mana-mana nombor dengan jumlah 32 yang mana baki terakhir mestilah dalam slot nombor ganda dua.
Cricket
![]() |
| Scoreboard |
Untuk menutup 'inning' pada sesuatu nombor 15 -20 agar tidak boleh dibaling oleh pihak lawan, pemain perlu mendapatkan skor sebanyak 3 markah dengan melakukan balingan dart pada ring single (3 dart), single dan ring double atau ring triple.
Sekiranya pemain mendapat 3 skor pada nombor berkenaan, nombor berkenaan 'dimiliki' oleh pemain yang mendapat 3 skor tadi. Dari segi permarkahan, ring double akan dikira sebagi skor 2 dan ring triple sebagai skor 3.
![]() |
| Tanda scoring untuk format cricket |
Tak berapa nak faham atau masih blur? Boleh refer pada sumber rujukan ni https://www.darting.com/Darts-Rules/Cricket/
Round The Clock
Format permainan ini biasanya digunakan sebagai warm-up atau hit training. Format permainan ini biasanya dimainkan dengan 2 orang pemain. permainan ini mudah sahaja. Pemain perlu membaling kepada turutan nombor 1 - 20 atau sebaliknya. Pemain boleh membaling pada slot single, ring double atau ring triple. Setelah ketiga-tiga dart berada pada slot nombor, barulah pemain beralih pada nombor seterusnya. Format ini juga dikenali sebagai 'Round The Board' atau 'Once Round The Island'.
![]() |
| Dah lama tak berhimpun main dart macam ni |
Thursday, September 30, 2021
Bila Dah Kasi Lepas
Monday, May 3, 2021
Ramadhan Kareem dan Selamat Hari Raya
Assalammualaikum.
Rasa keras jari ini nak menaip nukilan. Padahal ada aja post yang digarap tapi cuma sekadar jadi deraf. Hilang mood nak sambung macam tu lah jadinya. Salam Ramadhan untuk semua. Ramadhan tinggal 9 hari sahaja lagi dan minggu terakhir ini sangat crucial untuk umat Islam. Kita nak memburu Lailatul-Qadar. Bak kata ustaz yang selalu berceramah kita nak buat pecutan. Malam-malam terakhir ni kita hidupkan qiyam Ramadhan iaitu solat sunat terawih. Lepas tu kita bertadarus sebelum tidur dan kalau mampu bangun awal sebelum sahur untuk solat sunak tahajjud.
Selalu kita dengar dan selalu kita niat nak buat tapi hakikatnya semangat tu kadang-kadang tak kuat. Tak nak cerita hal orang lain. Ini cerita hal aku. Mujur kita ada PKP 1.0 tahun lepas. Ada hikmah dan mampu juga buat. Tahun ini kita up sikit lagi kita punya amal. Kita tingkatkan sedekah kita dan jamu orang berbuka puasa. kurangkan menunjuk-nunjuk apa yang kita sedekah kat orang sampai buat video bagai. Biarlah ALLAH SWT yang nampak apa amalan yang kita dah buat. Lagi satu kurangkan jugak kau menunjuk apa juadah berbuka engkau. Kita tak tahu ada orang yang tak dapat berbuka atau tiada apa untuk berbuka puasa.
Kebiasaannya minggu ini ada staf di pejabat yang dah mula pasang lagu-lagu raya. Namun tak terjadi tahun ini. Ramai yang mungkin akan tersentuh sebab tak boleh rentas negeri untuk balik raya. Itu termasuklah yang memang orang Perak tapi menetap di negeri sempadan. Memang tak dapat menjenguk keluarga lah jawabnya. Yang dapat balik rentas daerah tu jangan gopoh sangat. Langkah kawalan jangkitan kena ambil perhatian serius. SOP kena amalkan. Itu langkah awal. Elok mencegah daripada merawat.
Macam mana dengan persiapan raya? Tahun ini mungkin ala kadar sahaja. Langkah penjimatan yang dah dilaksanakan. Ramai yang membeli baju dan persiapan hari raya beli secara online sahaja untuk elak jangkitan. Apatah lagi varian Covid-19 daripada India dah mula memasuki Malaysia. Namun apa jadahnya ramai orang kat bazar hari raya macam kat KL tu? Apa diaorang tak rasa takut? Siap bawak baby! Macam mana lah pemikiran mak ayah dia yer.
Kadang-kadang perkara yang kita rasa tak seronok tu, ada hikmah yang tuhan bagi. Cuma kena rajin mencari dan memahami ketentuan dari Allah. Balik kampung? Walaupun boleh merentas daerah, itu pun masih ada sesi negotiation dengan Mem Besar nak decide sambut kat mana terlebih dahulu.
ARRIOSS.
Friday, January 8, 2021
Dah Sedia Dengan Azam Baru?
Hello....Assalamualaikum.....Salam Sejahtera.
First entry untuk tahun baru ni kena bagi yang light. Yang manis dan yang lembut. Belum lagi kita bashing. Ada isu tapi kita simpan dulu. Ada yang perlukan profesional view tapi kita story kemudian.
Wednesday, August 26, 2020
#Darterforlife 8 Sebab Kenapa Dart Sukan Pilihan Saya
8 sebab kenapa dart adalah sukan pilihan saya
![]() |
| Sebahagian daripada koleksi dart aku.(1)Monster Helios II 22gm (2) Red Dragon Jamie Lewis 22gm (3) red Dragon Freestyle 22gm |
#1 Dart adalah permainan yang santai
#2 Dart: bagus untuk otak 🧠
#3 Bermain dart meningkatkan koordinasi tangan dan mata
#4 Bermain dart boleh meningkatkan keyakinan
#5 Dapat melegakan tekanan
#6 Menggalakkan pemikiran strategik
#7 Membina kerjasama berpasukan
#8 Menambahbaik rangkaian sosial
![]() |
| Sewaktu menjadi Pengarah Kejohanan Dart Hystrix Double Open 2018. |














































