Monday, January 29, 2018

The Lost

Siapa antara pembaca sekalian yang layan dengan The Cranberries? Ni bukan pasal bijian yang seangkatan dengan anggur yer. The Cranberries ni adalah band rock daripada Ireland yang popular dengan lagu Zombie,  Linger, Animal Instinct dan Salvation (sekadar memasukkan few of my favorite song). 

Tanggal 15 Januari 2018, dunia dikejutkan dengan berita kematian vocalist kumpulan The Cranberries, Dolores O' Riordan pada usia 46 tahun. Beliau ditemui mati di bilik air di Hotel Hilton di London oleh pekerja hotel. Polis mengklasifikasikan kematian beliau sebagai kematian mengejut. Dilaporkan bahawa beliau berada di London untuk membincangkan perihal rakaman sophomore kumpulan D.A.R.K. Berita kesedihan ini turut dikongsi oleh rakan-rakan sekumpulan di dalam laman web kumpulan mereka (www.cranberries.com):


Dolores dikebumikan di tempat kelahiran beliau di Limerick,Ireland. Majlis pengkebumian beliau dilaksanakan di gereja yang berhampiran dengan sekolah beliau. Malah ramai peminat bersama-sama memberikan penghormatan terakhir. Menurut laporan berita, polis masih lagi menyiasat berhubung kematian beliau dan dikhabarkan laporan toksikologi tidak dapat dikeluarkan dalam masa terdekat. Nampak agak pelik di situ.

Tahun lepas kita dikejutkan dengan kematian vocalist kumpulan Audioslave dan bekas vocalist Soundgarden  iaitu Chris Cornell. Berturutan selepas itu, vocalist kumpulan Linkin Park, Chester Bennington pulak menyusul. Dua-dua daripada favorite band aku. Dikatakan kedua-dua mengalami masalah stress dan tekanan jiwa melampau yang membawa kepada bunuh diri. 

Berbalik cerita tentang Dolores, rakan rapat memaklumkan bahawa beliau ni ada mengidap bipolar disorder atau gangguan bipolar. Apa dia bipolar disorder ni? Ok sesi ilmiah sikit.  Menurut NIMH (National Institute of Mental Health):
"Gangguan bipolar lebih dikenali sebagai penyakit kemurungan manic (manic depressive illness) adalah gangguan otak yang menyebabkan pertukaran luarbiasa mood, tenaga, peringkat aktiviti dan keupayaan melaksanakan aktiviti seharian."
Kita tak tahu apa yang terjadi pada Dolores dan hanya mampu menunggu laporan toksikologi daripada makmal forensik. Jadi untuk itu tunggu lah  kalau berminat nak tahu.

Salam ceria. Arrioss!

Sumber berita: The Independent, The Mirror

Sumber gambar: www.cranberries,com

Related Posts:

  • 14Yehah...!! From 8.30 am till 9.00 am I've downloaded 14 songs included Foo Fighters, Metallica, Pearl Jam, Blink 182, Papa Roach, Seether and Nirvana.… Read More
  • A Tout Le Monde - to all my friends (esp to form 6 - 1995 batch)A Tout Le Monde (Set Me Free) - Megadeth feat. Cristina Scabbia A tout le Monde -To all the world/To everyone.. A tous mes amis -To all my friends.… Read More
  • Nobodyknows +Video clip opening song bagi Naruto Shippunden. Irama dan susunan lagunya begitu menarik walaupun banyak perkataan yang dilagukan aku tak berapa faham… Read More
  • HungerLaparnya perut aku...ini gara-gara melayan item-item yang nak di download. Namun aku puas, sebab album band favorite aku telah ditemui. Spermbirds - N… Read More
  • It's valentine...!Happy Valentine Day. Tiada seorang pun yang mengucapkan ayat itu kepada aku. Bukan sedih, tapi satu perkara yang tidak perlu digalakkan. Malah aku yan… Read More

0 comments:

Post a Comment