Monday, January 11, 2010

Going back....another week


Aku balik kampung sekali lagi. Last week dah balik, amik mak aku dari kampung. Sebab adik aku sambung cuti dia disebabkan anaknya menghidap demam campak. This weeked balik sebab nak bawak opah aku ke Kg. Kroh Hilir, Padang Rengas berjumpa dengan bomoh tulang.Ikhtiar terakhir, kata akulah..So bergerak baliklah aku ke Kg. Gajah selepas abis kerja.
So, on saturday morning tu bergeraklah ke Kuala Kangsar dengan jarak perjalanan lebih kurang 46km. Tapi sebelum tuh berlaku insiden yang menyayat hati aku. Spek frame aku patah tatkala mencuci kantanya. Adus...gara-gara anak kedua aku yang ganas lah ni. jangka hayat spek ni kurang. Anak aku yang sulung dah ade rekod 3 kali aku kena ganti spek. Yang no 2 ni plak nak mengikut jejak langkah abang dia lah ni. Jadi terpaksalah aku meneruskan perjalanan dengan spek frameless aku yang lama. Power dia sedikit kurang namun.....bolehlah.


Tiba di Kuala Kangsar, cari kedai spek and tanya boleh repair atau tidak. Jawab tokey kedai kena cari frame lain sebab tak boleh nak sambung dengan frame pemegang yang patah tu. Alamak....tgh bulan ni dah nak keluar duit lagi. Nasib baik ader discount and boleh swipe. Tokey suruh buat baru sebab susah nak cari yang sama bentuk dengan kanta aku. tapi aku tak nak.....sori beb aku punya ader photogrey. banyak duit yang kena keluar nanti. Anyway, dapat jugak. Brand 'Rannici'.

----
Hari ni nak mula kerja rasa boring. Kena pulak wife aku demam. macam teruk jer. Kena pulak bangun awal sebab sekarang sesi sekolah anak aku bermula 7.20 pagi. So dah tanam plan this weekend nak rehat abis-abisan.

Thursday, January 7, 2010

Susulan

I'm taking a day off today for my rawatan susulan. So, awal pagi kena pergi sebab my son is sekolah and has to pick him up at 12.10 pm. This year the session started early which is at 7.20 am and finished at 12.40 and 12.10 pm. Ini semua due to 2 session punya schooling. Petang untuk bebudak sekolah kebangsaan proton city. Maklumlah sekolah tu tak siap lagi.

The susulan taking not so long session because we arrived early. My kidney stone problem is almost clear, but kena habiskan ubat yang diberikan. But my hipertension still ader and I have to control my BP. And I was recommended to have a note book of my BP reading and certainly have to take my BP reading almost everyday. Nak buat camna, my mom has a hipertension (luckily dah ok sebab amalkan ubat homeopathy), my lil-bro pun dah kena so I think it is my turn la plak!

Tuesday, January 5, 2010

Kundas

Antara kudapan yang jarang benar diketahui adalah kundas. Di tempat saya tinggal sekarang tak ade orang yang kenal dengan kuih ini. Kundas atau kundeh kata orang kuale.

Yup betui...hanya orang Kuala Kangsar atau orghang kuale saja yang kenal.
Kuih ini boleh dengan kuah manis atau kuah kari. Ada jugak yang campur antara kuah manis dan kluah kari seperti mana macam bapa mertua saya buat. Dah terkecur dibuatnyer bila bercerita tentang kuih ni. Dulu harga kuih ni hanya 30 sen seketoi tanpi sekarang dah jadi RM1.00. Maklumlah dah popla kot.

Saya mula-mula diperkenalkan untuk makan kuih ni oleh arwah ayah saya. Sewaktu itu kami makan disebuah kedai laksa di Kg. Buluh Akar, Simpang Tiga, Parit. Dan kidas tersebut merupakan salah satu menu yang ada disitu. Sekali makan terus terpikat.

Kundas ni kalau makan di Kuala Kangsar boleh cari di Restoran Rahmaniah (di TM Point dan tengah pekan), di Restoran Saudiah (di Stesen Bas Kuala Kangsar) dan juga di kawasan makan di Padang Rengas dan di pekan Karai.








Untuk resepi macam mana nak buat kundas adalah semacam ini:

Bahan-bahan ( untuk 4-5 orang makan)

* 225g tepung gandum
* 120-150g gula halus (dlm kurang dr 2/3 cwn gitu) - resipi ni tak sensitif sukatan, so jgn riso guna sukatan tepat sgt...
* 1 sdk soda bikarbonat
* 110ml air
* Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1.Gaul rata ke semua tepung, bikar dan gula. Kemudian, tuangkan air dan dgn menggunakan tangan aje, kacau semua bahan td dengan air tu. Tak payah uli lama2, smpai semua dah jd cam gambar ni, kire ok dah. Biar skjap, dalam > 30min (leh tutup dgn cling film, xyah pun xper janji jgn lalat dtg dah lerr…). Adunan ni tahan hingga semalaman (kalau nk mkn srpn esok paginye tu, mlm leh bancuh & simpan).

2. Alas tangan dgn tepung sket (agar tak melekat), ambil sket adunan, dlm sebesar bola ping-pong (saiz ikut suka tp jgn tebal sgt), then leperkan guna rolling pin (board utk meleper tu pun kene diletak tepung sket je). Buat ler smpai abih (spt dlm gambar).

3. Panaskn minyak. Dgn api sederhana kecil, masuk satu persatu. Bila satu side dah menggelembung, baru balikkan (flip to the other side). Dia garing sekejap je, tu yg api kene kecil kalau tak dalam x masak. Rupa kuih kundas dah siap digoreng. Siap dihidang!

Source


Nota untuk Mak Pinat - try buatlah pastu hang alter jadi cupkundas.

Monday, January 4, 2010

Port Dickson Getaway


Tiba di tempat penginapan iaitu di Le Paris International Hotel & Resorts selepas mengharungi 3 jam lebih perjalanan.



Bersenang-lenang di tepi pool setelah breakfast di coastline coffee house. Tengah simpan plan untuk layan swimming kat pool ni.

Bergambar dengan junior kat meriam 25mm Howitzer (kalau x silap aku). Ini lawatan ke Muzium Tentera Darat. Kalau pergi PD ikut Linggi akan tempuh dulu muzium ni. Tapi aku ikut Lukut dulu sebab accommondation kat Batu 1, Jalan Pantai.

Bergambar sefamili di kereta kebal scout. Kereta kebal yang mula british bagi kat Tentera Melayu. Tapi sayang gak sebab lampu depan dah terburai.

Ini adalah motor triumph yang digunakan dalam tentera lah kot. Bergambar sekali adalah mak aku dan adik ipar aku bersama baby dia, Mohd Iqbal Fahmi.

Bergambar sekeluarga di tugu air pancut kat muzium. Di tugu ini ada disenaraikan nama tentera yang terkorban sewaktu perang dunia II. Banyak jugak nama orang melayu yang terkorban.

Ini antara acara lepas breakfast tadi. Berjalan-jalan di tepi pantai. Pantai ni banyak batu karang dan juga selut tapi selut dia tak lah sedalam macam selut kat Pasir Panjang.

Gambar berlatarbelakangkan kapal pengangkut yang dah ada waktu kami check-in di hotel. Kalau tak, tak nampak cam gi PD lah.

Tempat makan tengahari selepas bawak famili semua meronda pekan Port Dickson iaitu di Watie Beach Cafe. Menu dia hanyalah Ayam Panggang dan Nasi kukus. Ayam panggang dia memang sedap. Rasa tak cukup sekor. Harga dia pun murah - RM16.00 seekor tak macam harga ayam pusing Berkat Maju Tomyam- RM20.00. Yang lecehnya makan kat sini, amik order lambat sangat. Tapi makanan dan minuman sampai cepat. Theme dia ala cowboy - Watie Beach Cafe Cowboy Place .


Baby Amili aku tengah melayan air terjun. Mula-mula liat nak main air kolam. Lepas tu bawak pi pantai. Lepas layan pantai baru ade mood nak maik air kat kolam. Tu yang asyik sampai lidah terkeluar.


Aku dengan suit penuh. Belum lagi terjun ke kolam. Junior aku awal-awal dah gelongsor kat children's pool. Ni tengah nak bagi warm up kat baby Amili sebelu bawak dia mandi kat kolam dewasa. Gambar kat kolam tak boleh tunjuk. Ade censorship.

Kapal pengangkut yang dah ade waktu check-in. Aku amik gambar kapal ni setiap kali dia berubah kedudukan. Gambar ini diambil dengan Samsung Pixon 8.0MP aku. Neat kan gambar dia? Kalah kamera digital biasa.

Brunch kat KFC PD. Tak best betui. Sepatutnya layan makanan laut kalau dah tiba kat sini. Dah mak aku ajak pekena KFC nak buat camne.

Di PD Ostrich Farm 6km dari Teluk Kemang. Tengah bagi burung unta ni makan. Takde la sakit cam kita bagi ayam makan. Geli jer. Burung ni pun cam tau-tau jer kita ader bawak makanan untuk dia.



Telur burung unta ni boleh menampung berat sehingga 120kg kalau kita pijak atas telur tuh. Bila diangkat tak delah berat sangat telur tu.


Bermain bergurau senda dengan anak monyet kat situ.


Mak aku ajak ke Melaka pulak untuk beli belacan melaka. Made in Pantai Klebang. Banyakkan berapa punya jauh dari PD ke Pantai Klebang. Item yang dibeli ialah cencalok, belacan tumbuk, ikan pari masin, cakar ayam ngan tahapa-apa lagi benda.

Berehat-rehat di Pantai Puteri sambil layan aiskrim.. Ada pasar malam kat pantai tuh tapi nak parking cukup payah sebab weekend ramai yang bercanda dan family outing.
----
Amat memenatkan getaway kali ini. Dari TM ke Port Dickson ke Pantai Klebang dan balik semula ke TM memakan mileage sebanyak 611km. Tambahan pulak balik dari Melaka dah pukul 8.00 malam. Sampai ke TM plak jam 1.30 pagi. Mengantuknyer waktu driving, jangan ceritalah. Semua gara-gara jam di highway bermula selepas hentian sebelah seremban menghala ke utara sampailah ke persimpangan bangi-nilai-pajam. Barulah area tu clear sikit. Berhenti amik minyak di Caltex R&R Dengkil, telan 2 tin extra power root tongkat ali (24 sudu gula tuh!) barulah sambung perjalanan. Adik aku berhenti minum kat R&R Dengkil sementara aku continue terus perjalanan menuju ke Guthrie Corridor Expressway.

Finally!!!

Akhirnya dia keluar jugak. Yesterday dan hari-hari sebelumnya adalah hari yang memerit dan menyakitkan. Dan selama 3 hari juga aku terlantar tak boleh buat apa-apa. Selepas terima diagnosis, aku terus ke klinik homeopathy di Kg. Gajah untuk dapat medicine. Dan selepas itu aku terlantar dalam agony....menanti.

---UPDATE

Inilah dia rupa batu yang keluar dari salur kencing aku dan memrihkan aku untuk berkumuh.



Batu karang atau kidney stone ni keluar pada pagi Ahad jam 10.00 am. Sangat menyakitkan apabila dia nak keluar umpama macam luka diletakkan dettol rasanya.



Bentuknya macam batu karang kat laut. Benda ni terjadi akibat kandungan mineral dalam air kencing yang terlebih acid. Dan ini pun dah kira besar saiz dia. (menurut mak aku yang pencen kerja kat hospital)



Antara ubat homeopathy yang aku makan (tolak yang tgh - itu karang aku!. Ubat titis tu specific untuk keluarkan karang dan melawaskan kencing. Alhamdulillah...karang keluar setelah makan ubat tu selama 3 hari. Ubat biji tu untuk kawal blood pressure.

New limit

My credit card limit has been increased by CIMB Bank. NOw the number is 6,000 now. Woooah....!

Friday, January 1, 2010

Happy?? New Year 2010


Confronting with new year, I've been diagnosed with gall bladder problem, kidney stones and hipertension or high blood pressure. What a happy day for me. I had family history for hipertension, so it comes sooner or later.

So, is it still glorious new year for me? Before that I'd hit with gastric acute because of my eating habit or disorganize eating time.

New resolution?? In your dreams.